Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Digimon Survive – Penantian yang berbaloi! Penceritaan hebat penuh misteri!

Maira by Maira
August 5, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Nintendo Switch, Review
0 0
0
[Review] Digimon Survive – Penantian yang berbaloi! Penceritaan hebat penuh misteri!
Share on FacebookShare on Twitter

Digimon Survive baru sahaja dilepaskan pada 28 Julai yang lalu untuk PS4, Xbox One, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam. Game ini sudah lama tunda, dan saya betul-betul terkejut bila tarikh pelancarannya diumumkan. Mungkin ramai antara anda yang ingin tahu bagaimana prestasi game ini. Sebab itulah review ini ditulis. Kalau nak tahu game ini best atau tidak, jom baca review jujur saya mengenai Digimon Survive. Game ini telah dimainkan menggunakan Switch. Jangan risau tentang spoiler kerana review Digimon Survive ini akan bebas daripada sebarang spoiler.

Penulisan cerita

Cerita untuk game ini memang terbaik. Jika Digimon tiada pun ia masih lagi sebuah penceritaan yang seronok dan beremosi. Setiap watak sangat realistik dengan perangai serta kelakuan mereka. Memang macam remaja muda. Mereka ini juga hanyalah manusia biasa berbeza dengan Danganronpa di mana watak-wataknya adalah yang terbaik dalam negara. Tetapi watak dalam Digimon survive mereka ini sama macam budak-budak sekolah yang anda jumpa semasa sekolah.

Kadang-kadang itu memang terpaksa juga pemain untuk lakukan keputusan yang sukar. Lebih-lebih lagi untuk selamatkan orang lain serta mencari makan dan minuman untuk teruskan hidup. Tetapi setiap keputusan yang anda lakukan sepanjang bermain akan memberikan kesan kepada penceritaan. Watak juga boleh mati, jadi digimon-nya juga tidak dapat digunakan selepas itu. Belum cerita lagi dengan reaksi daripada watak-watak lain apabila berlakunya kematian ini. Pelbagai konflik yang anda akan lihat apabila bermain nanti.

Digimon Survive

Bercerita tentang digimon pula, interaksi antara mereka dan manusia memang ditulis dengan bagus. Sudah tentu ada yang sayangkan digimon mereka dan ada juga yang tidak. Setiap hubungan ini sangat unik dan mempunyai pengajarannya tersendiri. Apabila manusia mula atasi masalah mereka, waktu itulah digimon boleh evolve sama seperti anime. Walaupun ia agak cliche, tetapi itulah benda yang selalu terjadi dalam anime ataupun game Digimon. Ia juga masih memberikan impak yang hebat setiap kali mereka evolve.

Walaupun ramai yang bising tentang penceritaan dalam bentuk Visual Novel (VN), bagi saya ianya baik sahaja. Mungkin sebab saya memang suka baca VN. Ditambah pula dengan penceritaan Digimon Survive yang lebih ke arah misteri/survival ia sememangnya menarik saya masuk ke dunia game itu. Malah saya rasa ia setanding dengan VN hebat lain dalam pasaran.

Digimon Survive

Combat

Berbeza dengan game Cybersleuth atau game digimon lain, Digimon Survive merupakan game taktikal RPG. Ia hampir sama dengan game taktik lain seperti Final Fantasy Tactics atau Fire Emblem. Anda cuma gerakkan Digimon pada peta mengikut kotak masing-masing, kalahkan musuh dan berikan damage yang tinggi apabila menyerang mereka daripada belakang atau tepi.

Satu benda yang sukakan tentang combat-nya ialah cara Evolution digimon. Untuk Digimon partner, ia boleh pilih untuk Evolve mengikut branch yang tersedia. Seperti game Digimon lain, ada tiga jenis Digimon yang ada iaitu Vaccine, Data dan Virus. Sama seperti main O-som atau One Two Som, serangan yang diberikan mengikut jenis Digimon.

Vaccine > Virus > Data > Vaccine

Digimon Survive

Contohnya, Digimon yang saya gunakan ialah jenis Vaccine dan saya melawan Digimon Data. Saya juga boleh evolve Digimon kepada jenis Virus yang mempunyai kelebihan apabila melawan digimon Data. Jadi saya evolve-kan Digimon saya untuk kalahkan Digimon tadi. Apabila musuh jenis lain pula muncul, Digimon yang di-evolve tadi boleh devolve ke jenis asal. Walaupun Evolution yang lebih tinggi mempunyai stat dan skill yang lebih baik, setiap pusingan untuk Digimon yang evolve akan memakan SP. Jadi sangat penting untuk tukar-tukar bentuk semasa berlawan. Tetapi ini cuma untuk Partner Digimon sahaja. Free Digimon dan DLC tidak boleh devolve.

Digimon Survive

Walaupun begitu, combatnya sangat mudah untuk dimainkan. Kalau anda peminat kipas mati game strategi, mungkin ia tidak sesuai untuk anda mainkan. Macam yang dikatakan, ianya sangat senang. Kalau anda ingin tahu, difficulty untuk game ini boleh dipilih sebelum pertarungan. Difficulty yang tersedia ialah very easy, easy, normal dan hard. Tidak kiralah difficulty mana yang anda pilih, AI-nya akan bergerak sama sahaja yang berbeza hanyalah stat untuk musuh. Jadi agak lama untuk membunuh mereka ditambah pula dengan damage tinggi yang diberinya. Nak main hard tidak ada masalah tetapi tidak ada ganjaran tambahan yang akan diberikan. Jadi baik sahaja very easy, dapatlah juga habiskan pertarungan dengan lebih cepat untuk sambung cerita pula.

Berkawan dengan Digimon lain

Seperti yang dinyatakan di atas, pemain perlu banyak melakukan pilihan. Bergantung pada pilihan yang dibuat, anda akan mendapat point untuk Moral, Harmonious atau Wrathfulness, iaitu alignment watak anda. Alignment itu juga akan memberikan kesan pada game serta Evolution Digimon. Sebagai contoh, kalau Moral anda tinggi, Agumon akan bertukar menjadi Greymon. Kalau Harmonious pula, Greymon akan jadi Tyrannomon.

Digimon Survive

Nak rekrut Digimon juga lebih senang mengikut alignment anda. Free Digimon yang anda jumpa dalam battle rawak boleh direkrut. Caranya lebih kurang macam game Shin Megami Tensei. Terdapat pilihan untuk bercakap dengan mereka, dan menjawab soalan yang diberikan untuk membuatkan mereka sukakan anda. Masa ini juga terdapat bar yang menjadi penunjuk untuk mengetahui jika mereka suka pada anda. Jika bar tersebut sudah separuh atau lebih, anda boleh akan mereka untuk masuk party atau minat item daripada mereka. Kalau anda gagal untuk rekrut mereka, ada butang restart pertarungan pada menu. Jadi boleh ulang banyak kali sampai anda berjaya.

Kebanyakan masa anda dalam Digimon Survive akan melakukan Exploration, di mana anda pergi ke setiap kawasan melalui menu, berinteraksi dengan watak atau objek untuk teruskan cerita. Kadang-kadang, anda perlu menggunakan smartphone untuk ambile gambar, dedahkan item tersembunyi atau musuh.

Terdapat juga Free Action, atau senang cerita anda boleh buat apa-apa sahaja yang anda suka. Tetapi fokusnya lebih kepada meningkatkan Affinity anda dengan watak lain. Sama seperti Social Link dalam game Persona. Ada penunjuk dengan ikon hati dengan skor 0 – 100. Anda boleh naikkan Affinity dengan memilih jawapan semasa bergaul dengan watak lain. Affinity anda akan mempengaruhi kekerapan Digimon watak untuk sokong Digimon lain dalam pertarungan. Contohnya seperti memberikan Encouragement untuk serangan yang lebih kuat atau ikut serta dalam Team Attack. Ia juga mempengaruhi jenis Evolution Digimon mereka.

Digimon Survive

Kesimpulan

Sejujurnya, Digimon Survive bukan sahaja game Digimon terbaik malah ia juga VN misteri yang hebat. Boleh jadi pesaing dengan Danganronpa, siri Zero Escape, Umineko dan lain-lain. Walaupun harganya agak mahal berbanding game VN yang lain, tetapi agak berbaloi juga. Kalau anda baru nak cuba main game Digimon, boleh juga untuk mencuba game ini. Hubungan Digimon dan watak agak sama dalam anime, jadi ia mungkin menarik minat anda untuk lihat siri yang lain.

Lagi satu, Digimon Survive memang berbeza daripada game Digimon terdahulu, di mana hampir semuanya RPG. Anda juga tidak perlu habiskan masa untuk grind material. Ia juga bukanlah game simulator seperti Re: Digitize atau Next Order. SRPG memang antara gameplaynya tetapi VN adalah kandungan utama game ini. Memang saya sangat sukakan penceritaannya sepanjang bermain Digimon Survive untuk review ini.

Kalau anda sukakan review Digimon Survive ini, anda boleh membaca review lain daripada kami melalui pautan ini.

Digimon Survive
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: HYDE
Release Date: 2022-07-28
Nintendo Switch, PlayStation 4, Steam, Xbox One
Digimon Survive memperkenalkan pengembaraan serba baru dalam dunia misteri dengan watak yang direka oleh Uichi Ukumo, dan muzik oleh Tomoki Miyoshi. Dalam game ini, kita akan mengawal sekumpulan remaja baharu, yang diketuai oleh Takuma Momozuka, ketika mereka sesat dalam perjalanan ke aktiviti perkhemahan sekolah, lalu mendapati mereka diangkut ke dunia berbeza yang aneh dan bahaya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Digimon Survive

9 Score

PROS

  • Entri yang bagus untuk bukan peminat Digimon main
  • Kisah yang yang lebih gelap berbanding game Digimon lain
  • Dilema serta akibat daripada pilihan yang dibuat akan kekal

CONS

  • Combat taktikal terlalu senang

Review Breakdown

  • Antara game Digimon terbaik yang dilancarkan 0
Tags: Bandai Namco EntertainmentDigimon Survivereview
Previous Post

Kawaki masuk Akademi Ninja bersama Himawari, anime Boruto teruskan filler

Next Post

Anime Chainsaw Man Akan Mula Ditayangkan Pada Oktober 2022! Hadir Dengan 12 Episod!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Anime Chainsaw Man Akan Mula Ditayangkan Pada Oktober 2022! Hadir Dengan 12 Episod!

Anime Chainsaw Man Akan Mula Ditayangkan Pada Oktober 2022! Hadir Dengan 12 Episod!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd