Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fenomena Terastal memperkenalkan Tera Pokémon serba baru dalam Pokémon Scarlet & Violet!

Maira by Maira
August 3, 2022
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, Open World, RPG
0 0
0
Fenomena Terastal memperkenalkan Tera Pokémon serba baru dalam Pokémon Scarlet & Violet!
Share on FacebookShare on Twitter

Pokémon Presents telah melepaskan trailer terbaru Pokémon Scarlet & Violet yang memaparkan banyak maklumat terbaru. Antaranya bandar Paldea, Pokémon baru, Tera Pokémon dan banyak lagi! Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

https://youtu.be/mZf-vIpVDLo

Cerita

Anda akan terokai Paldea, region terbaru untuk Pokémon Scarlet dan Pokémon Violet. Untuk game baru ini, anda boleh pilih mana-mana sahaja Gym untuk menjadi Champion. Selain itu, ada lagi dua grand story lain selain daripada menjadi Champion. Tetapi maklumat tentangnya akan didedahkan lain kali. Terdapat kemudahan yang dipanggil Pokémon Gym di banyak bandar, dan ketua Gym ini sedang menunggu cabaran Trainer seperti anda dan rakan anda.

Jika anda mengalahkan kesemua lapan Gym yang tersebar di seluruh Paldea dan mengumpul Gym Badge mereka, anda akan dapat mengambil ujian khas yang dipanggil Champion Assessment. Jika anda berjaya melepasi penilaian ini, kekuatan anda akan diakui dan anda akan diberikan Champion Rank.

Tera Raid Battle

Raid Battles kembali sekali lagi dalam Pokémon Scarlet & Violet di mana kita boleh menemui Tera Pokémon. Anda juga boleh menyerang tanpa menunggu giliran Trainer lain. Jadi pertarungan boleh tamat dengan lebih cepat. Anda boleh mencuba Tera Raid Battle dengan menyentuh kristal. Warna kristal ini sepadan dengan Jenis Tera untuk Pokémon Tera yang akan anda temui. Senang sahaja untuk menjumpai kawasan Tera Raid ini. Anda hanya perlu mencari “pillar of light” yang memancarkan cahaya ke langit.

Battle system ini mempunyai had masa dan membolehkan anda terus menyerang tanpa perlu menunggu Trainer lain bergerak. Hadapi pertempuran ini dengan bekerjasama dengan rakan sepasukan dan dengan meningkatkan stats Pokémon atau menyembuhkan mereka. Terdapat tiga jenis cheer yang boleh anda gunakan, dan ia akan memberi manfaat kepada semua Pokémon sekutu. Tiga kesan adalah meningkatkan Attack dan Sp. Atk, meningkatkan Defense dan Sp. Def, dan penyembuhan.

Mengalahkan Tera Pokémon dalam had masa tertentu akan membatalkan transformasi Pokémon, lantas memberi anda peluang untuk mencuba menangkapnya dengan membaling Poké Ball. Kemenangan boleh memberi ganjaran yang terdiri daripada banyak barangan berguna!

Fenomena Terastal

Fenomena ini hanya ditemui di rantau Paldea dan menjadikan Pokémon bersinar dan berkilauan seperti permata. Apabila Pokémon menjalani proses Terastal (Terastallize), sebuah “Tera Jewel” akan muncul di atas kepala Pokémon seperti mahkota, dan badan Pokémon itu akan berkilauan seperti batu permata.

Semua Pokémon di Paldea boleh Terastallize untuk mendapatkan kuasa istimewa. Terdapat 18 jenis, bermakna ada banyak kombinasi antara Pokémon dan Tera Type. Pokémon yang Terastallize  membolehkan anda mengembangkan lagi strategi pertempuran dengan meningkatkan kuasa mana-mana “move” yang mempunyai type sama dengan Pokémon Tera anda atau dengan menukar kelemahan Pokémon itu.

Hanya Trainer terpilih di rantau Paldea sahaja dibenarkan membawa item istimewa ini.

Sebaik sahaja anda Terastallize Pokémon, Tera Orb anda akan kehilangan semua tenaga Terastal dan anda tidak dapat menggunakannya lagi sehingga ia dicas semula. Anda boleh mengecas Tera Orb jika menyentuh kristal yang melimpah dengan tenaga Terastal atau pergi ke Pokémon Center.

Form baru Koraidon & Miraidon

Selain itu, mereka juga memperkenalkan rupa bentuk baharu Pokémon Legendary. Semasa menerokai dunia luas Pokemon Scarlet dan Violet, pemain akan menjumpai Pokemon Legendary baharu iaitu Koraidon ataupun Miraidon. Kedua-dua Pokemon Legendary ini bukan sahaja penuh dengan misteri tetapi ia juga mempunyai kuasa yang jauh lebih hebat daripada lain-lain Pokemon. 

Apa yang lagi menarik, pemain akan mempelajari semua misteri Koraidon dan juga Miraidon di mana mereka mempunyai rupa bentuk baharu yang sangat sesuai untuk digunakan semasa memasuki air, terbang di langit dan juga memanjat pegunungan. 

  • Sprinting Build / Drive Mode
  • Swimming Build / Aquatic Mode
  • Gliding Build / Glide Mode

Pokemon baru

Tiga lagi Pokémon baru telah ditunjukkan dalam trailer. Berikut adalah Pokémon tersebut:

  • Cetitan
  • Fidough
  • Faldean Wooper
Cetitan, Fidough, Paldean Wooper

Sebagai bonus pra-tempah, anda boleh mendapatkan Pikachu khas, jenis Tera. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Pokemon Scarlet & Violet, sila klik pautan ini.

Tags: Pokemon ScarletPokemon Violet
Previous Post

Diablo Immortal S3 Battle Pass bermula esok bersama event ‘Wrathborne Invasion & Hungering Moon’

Next Post

THQ Nordic mengumumkan AEW: Fight Forever untuk PS, Xbox, Switch & PC!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
THQ Nordic mengumumkan AEW: Fight Forever untuk PS, Xbox, Switch & PC!

THQ Nordic mengumumkan AEW: Fight Forever untuk PS, Xbox, Switch & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd