Setiap bulan kita akan lihat pelbagai game yang akan dimasukkan ke dalam pakej langganan. Hari ini berbeza sedikit kerana ia adalah pakej khas yang telah dilancarkan oleh Apple yang dikenali sebagai Apple Arcade. Kali ini, mereka menambah sebanyak empat game baru ke dalam pakej Apple Arcade iaitu Amazing Bomberman, Jetpack Joyride 2, My Talking Tom+ dan Love You to Bits+.
Tanpa melengahkan masa jom saya ceritakan setiap satu game yang akan dimasukkan ke dalam Apple Arcade.
Arcade Original
Amazing Bomberman – 5 Ogos 2022

Dibangunkan oleh Konami, game ini dilancarkan khas untuk iOS pada 5 Ogos 2022 sekali gus dimasukkan ke dalam Apple Arcade. Ia adalah game Bomberman serba baharu yang menampilkan visual dan muzik yang direka khas untuk game ini. Korang boleh main bersama kawan melalui mode Friend Battle dan secara solo melalui mode Online Battle. Game ini juga menyediakan mode Practice untuk korang berlatih menggunakan skill.
Jetpack Joyride 2 – 19 Ogos 2022

Game ini adalah sekuel kepada game pertamanya iaitu Jetpack Joyride. Kini, ia diperbaharui dengan grafik HD, animasi, mekanik dan cara bermain baru. Barry masih lagi akan mencipta huru-hara semasa eksperimen misteri saintis di makmal rahsia.
App Store Great
My Talking Tom+ – 12 Ogos 2022

Seperti yang kebanyakkan orang tahu, My Talking Tom adalah game bela haiwan secara virtual. Melalui game ini, korang dapat membela seekor kucing yang bernama Tom. Jadi, korang perlu memastikan Tom sentiasa gembira. Kali ini, ia akan membenarkan korang mengembara bersama Tom dan mengambil gambar bersamanya.
Love You to Bits+ – 26 Ogos 2022

Dibangunkan oleh Alike Studio, ia merupakan game sci-fi comel yang penuh dengan teka-teki. Korang akan bermain sebagai Kosmo dan ikuti perjalanannya untuk menjelajah angkasa lepas bersama Nova. Terokai dunia dan planet yang penuh dengan makhluk asing yang hebat, teka-teki dan objek tersembunyi untuk dikumpulkan.
Lepas korang tengok satu per satu, ada tak yang korang berminat nak bermain? Takkan tiada, sekurang-kurangnya korang mesti tertarik dengan Amazing Bomberman dalam Apple Arcade kan. Kongsikan nama game yang korang minat di ruangan komen. Untuk mendapatkan liputan lain berkenaan Apple Arcade, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post