Walaupun nama game ini adalah Sekiro: Shadows Die Twice, kami yakin yang korang akan mati lebih dari dua kali. Kalau korang bosan setiap kali kena tenung skrin kematian tu, kini terdapat satu mod baru di mana skrin apabila mati dalam Sekiro boleh digantikan dengan senyuman pengarah Hidetaka Miyazaki. Terima kasih kepada para modders, Miyazaki sekarang akan mengejek korang dengan senyuman sinisnya yang agak menyeramkan untuk memberikan korang semangat setiap kali mati.
Mod tersebut dihasilkan oleh “Ashina No Nanashi”. Ia juga telah mengubah perkataan ‘Death (死)’ yang berwarna merah tersebut dengan ‘計画通り’ yang membawa maksud ‘Seperti yang dirancangkan’, iaitu catchphrase yang terkenal di Jepun dalam cerita ‘Death Note’.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba mod skrin tersebut, boleh pergi dekat Nexus Mods. Mizayaki sebenarnya menghasilkan game ini memang pada tahap kesukaran yang susah supaya pemain dapat menikmati permainan sambil menjadi lebih baik apabila progress semakin ke hadapan. Namun, terdapat sorang mamat ni yang habiskan Sekiro dalam masa bawah satu jam je! Pergh, yang tu, tak guna mod guys. Itu namanya skills dan kesabaran yang tinggi!
Sumber: PC Games SN
@gamersantaimy
Discussion about this post