Malaysia Esports Federation (MESF) telah melancarkan Liga eMAS pada 31 Julai 2022 lalu. Liga eMAS akan bermula dengan musim pertama terlebih dahulu dan ia akan berlangsung pada bulan Ogos sehingga bulan November 2022.

Presiden MESF, Dato’ Ananth S Nathan berkata yang “Ini adalah satu inisiatif untuk mewujudkan ekosistem esport yang stabil sekali gus memberi keyakinan kepada semua pihak berkepentingan terutamanya peminat, bahawa industri esport sedang menuju ke arah pemerkasaan global.”

Liga eMAS akan mempertandingkan empat game iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile, Valorant dan juga FIFA Online 4. Kesemua game tersebut akan dijalankan secara bermusim dan terbuka kepada semua pemain daripada pemain baru hingga ke pemain professional. Sekali gus menjadi platform untuk menapis pasukan yang akan mewakili negara di sukan temasya serta kejohanan dunia.

Musim pertama Liga eMAS akan menjadi penentuan kepada musim kedua dan seterusnya. Selepas itu, ia akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu The Pro League dan Division One.
“Hadiah terkumpul menarik, trofi dan pengiktirafan adalah ganjaran terbaik yang menanti mereka dalam saingan Liga eMAS. Pemenang akan berpeluang mewakili Malaysia sebagai atlet negara ke liga, temasya dan kejohanan peringkat antarabangsa,” katanya.

Selain itu, mereka juga melancarkan platform esukan kebangsaan. Dengan adanya platform ini, anda boleh daftarkan diri untuk sertai pelbagai kejohanan yang akan dianjurkan nanti. Platform ini juga akan memberikan maklumat tentang kejohanan yang akan, sedang dan telah berlangsung. Jadi, ia sangat mudah untuk lihat senarai kejohanan dalam keempat empat game. Untuk melihat platform esukan kebangsaan, anda boleh klik pautan di sini.

Jadi, apa pendapat korang tentang liga eMAS musim pertama yang bakal bermula pada bulan Ogos 2022? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita tentang esport, game, anime dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post