Francais anime yang hebat selalu ada kolaborasi hebat dengan mana-mana hotel, spa, taman tema dan macam-macam lagi. Naruto juga tidak terkecuali. Kalau anda ingin tahu, ada sebuah hotel yang mempunyai bilik yang bertemakan Naruto malah hotel itu juga sedang mengadakan acara “Summer of Uchiha”. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.
Sejak tahun 2019, Highland Resort Hotel & Spa telah membuka satu suite khas untuk peminat Naruto yang dipanggil “Japanese Ninja Suite”. Sempena hari jadi Uchiha Sasuke, hotel tersebut mengadakan acara khas yang bertemekan keluarga uchiha yang dipanggil “Summer of Uchiha”. Acara ini bermula pada awal Julai lalu dan akan berakhir pada 11 September 2022.
Bilik hotel akan dihiasi dengan imej yang memaparkan adik-beradik Uchiha, Sasuke dan Itachi. Bukan setakat itu, kalau tetamu selesaikan misi yang diadakan sepanjang acara, mereka akan diberikan “Shinobi Certificate”. Bukan senang nak dapat pengiktirafan sebegitu. Betul tidak?
Teringin nak minum kek atau kopi yang mempunyai seni latte Uchiha? Jangan risau kerana hotel ini juga menyediakan kek, latte dan macaron yang mempunyai imej Sasuke dan Itachi untuk dijamu. Tetamu boleh membelinya di restoran Macaroni Club hotel itu. Terdapat juga beberapa merch rasmi yang boleh didapatkan seperti pen, keychain dan macam-macam lagi.
Macam seronok sahaja kalau dapat terbang ke Jepun sekarang ini untuk tinggal di hotel ini. Banyak betul benda menarik yang boleh dilakukan di sana. Gunung Fuji pun boleh dilihat dari hotel ini. Kalau anda berminat untuk ke hotel Uchiha ini, boleh lawati laman web rasmi untuk tempah bilik. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Naruto daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post