Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime One Piece akan fokus pada Uta anak Shanks dalam episod filler baru, Wano rehat sebentar

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 1, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Anime One Piece akan fokus pada Uta anak Shanks dalam episod filler baru, Wano rehat sebentar
Share on FacebookShare on Twitter

Peperangan Wano hampir sampai ke bahagian kemuncak dalam anime One Piece, tetapi peminat nampaknya perlu menunggu sedikit lebih untuk melihat keputusan pertarungan Luffy dan Kaido. Ini kerana episod terbaru anime akan memfokuskan pada hubungan antara Luffy dan Uta, anak perempuan Shanks sempena tayangan filem One Piece: Red di Jepun Ogos ini.

https://twitter.com/Epicopboy/status/1552550293338001408

Secara lebih khusus lagi, episod 1029 hingga 1031 akan memfokuskan pada hubungan antara Luffy dan Uta sempena tayangan One Piece: Red, di mana tajuk untuk episod baru akan berbunyi seperti berikut:

  • Episode 1029 – Red Hair Daughter!
  • Episode 1030 – The Promise of a New Era! Luffy And Uta!
  • Episode 1031 – The Legend of Red Hair!

Walaupun peminat dapat menyaksikan kehebatan Uta bernyanyi berkat beberapa video muzik yang dikeluarkan di halaman YouTube, masih terdapat banyak misteri berkaitan identitinya sebagai anak perempuan Shanks dan hubungannya bersama Luffy.

Melalui trailer, kita dapat tahu bahawa Luffy dan Uta pernah berinteraksi antara satu sama lain semasa zaman kanak-kanak. Ini menimbulkan banyak persoalan di mana peminat membuat spekulasi bahawa itu antara sebab Shanks amat rapat dengan Luffy (sehingga sanggup korbankan tangan untuk menyelamatkan Luffy). Tetapi kenapa Luffy tidak pernah sebut tentang Uta langsung di dalam manga mahupun anime One Piece?

Dari segi canon, Uta masih belum membuat kemunculan dalam manga setakat ini, tetapi keadaan boleh berubah, memandangkan Shanks akan memainkan peranan yang sangat penting pada saga finale.

Tarikh keluaran untuk One Piece: Red di Malaysia ditetapkan pada 22 September dan boleh ditonton di GSC dan TGV. Ini merupakan filem ke-15 dalam francais Shonen yang dicipta oleh Eiichiro Oda. Di bawah adalah sinopsis rasmi:

“Uta —adalah penyanyi yang paling disayangi di dunia. Terkenal kerana menyembunyikan identitinya ketika membuat persembahan, suaranya telah digambarkan sebagai “dalam dunia lain.” Kini, buat pertama kalinya, Uta akan mendedahkan dirinya kepada dunia melalui satu siaran langsung.

Memandangkan tempat itu dipenuhi dengan semua jenis peminat Uta—lanun-lanun yang teruja, Navy yang memerhati dengan teliti, dan Straw Hat yang diketuai oleh Luffy—suara yang ditunggu-tunggu oleh seluruh dunia akan bergema. Kisah bermula dengan fakta yang mengejutkan bahawa dia adalah anak perempuan Shanks.”

Untuk segala liputan kami tentang One Piece, termasuk analisis dan fakta-fakta menarik, sila tekan pautan ini.

Sumber – EpiCop

Tags: animeluffyone pieceUta
Previous Post

Game baru Tomb Raider dipanggil “Project Jawbreaker”, beberapa bahagian skrip didedahkan!

Next Post

Naruto adakan acara khas sempena hari jadi Sasuke, Bilik hotel bertemakan Uchiha!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Naruto adakan acara khas sempena hari jadi Sasuke, Bilik hotel bertemakan Uchiha!

Naruto adakan acara khas sempena hari jadi Sasuke, Bilik hotel bertemakan Uchiha!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd