#Esports64 yang dianjurkan ESPN setiap tahun kini kembali untuk tahun ketiganya di mana, peminat dan orang awam boleh membuat undian di dalam poll Twitter ESPN untuk menentukan siapakah personaliti eSports yang paling popular buat masa itu. Tahun ini menyaksikan seramai 64 calon yang terdiri dari kalangan streamers popular, pemain Pro dan juga personaliti-personaliti terkenal yang kesemuanya tersenarai dalam bracket.
Nearly 450,000 of you voted … and it's GG to @Gotaga as he makes it past @shroud to be the 2019 ESPN #Esports64 champion!
Fun fact: over 2.3 million votes total were cast in this year's event!
Gotaga joins @ninja and @LxthuL in the pantheon of champions. https://t.co/WlDaHIGKoa
— ESPN Esports (@ESPN_Esports) April 9, 2019
Sepanjang tempoh undian tersebut, sebanyak 2.3 juta undian telah diterima. Tahun ini, Gotaga, atau dikenali sebagai “The French Monster” bekas pemain pro Call of Duty dari Perancis berjaya mengalahkan Shroud dalam poll undian tersebut seterusnya mengambil gelaran juara #Esports64. Kerjayanya sebagai pemain Pro bermula pada tahun 2010, di mana beliau bermain untuk pasukan Vitality, dan dari situlah permainan stail kompetitif dan aggresifnya bermula. Beliau juga kini bermain secara professional untuk Fortnite dan Apex Legends. Undian itu hanya mengambil tempat di Twitter ESPN (@ESPN_Esports).
Pada setiap pusingan, personaliti-personaliti terkenal ini akan dipasangkan antara satu sama lain dan orang awam akan membuat undian mereka untuk menentukan siapa yang akan ke pusingan seterusnya. Tahun lepas, Ninja menjadi juara.
Thanks to the spirit bomb from the whole french community aha
❤️🇫🇷
— M8 Gotaga (@Gotaga) April 9, 2019
Kali ini Gotaga mengambil takhta di tempat pertama selepas keputusan berakhir dengan tally sebanyak 56% memihaknya daripada 450,000 undian berbanding Shroud, di tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada Gotaga! Ini semua hasil undian komuniti dari negaranya, Perancis yang tak penat lelah untuk mengundi demi beliau! Memang terbaiklah French Monster ni!
Sumber: Dexerto
@gamersantaimy
Discussion about this post