THQ Nordic telah melepaskan trailer terbaru untuk game Destroy All Humans! 2 – Reprobed yang memperkenalkan lokasi-lokasi yang akan anda terokai sepanjang bermain. Bukan setakat itu sahaja, sudah tentu anda boleh melakukan huru-hara di lokasi ini dengan menghancurkannya. Tidak kiralah menara tinggi di Bay City, jambatan cantik di Albion ataupun ibu pejabat KGB. Pilihlah sasaran anda yang seterusnya. Lawati Bay City, Albion, Tunguska, Takoshima dan Solaris untuk membalas dendam dan menuntut tempat tinggal daripada manusia atas nama Futon Empire.
Destroy All Humans! 2 Reprobed akan lancar pada 30 Ogos 2022 untuk PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam, Epic Games Store dan GOG.com. Terdapat dua versi yang boleh dimiliki iaitu edisi Standard dan edisi Dressed to Skill. Berikut adalah senarai penuh harga untuk edisi dan platformac
- Edisi standard
- PS5 dan Xbox Series X|S =RM 169
- PC = RM79
- Edisi Dressed to Skill
- PS5 dan Xbox Series X|S = RM 229
- PC = RM 108
Bukan setakat itu sahaja, edisi Collector juga tersedia dengan membawa segala kandungan edisi Dressed to Skill serta figura Crypto yang sebesar 70cm. Selain itu, peminat juga boleh mendapatkan artbook, “Arkwobbler” serta skor orkestra bersama-sama game untuk platform kegemaran anda. Ianya berharga $ 399.99 (anggaran RM 1.8 ribu). Anda boleh mendapatkannya melalui laman web rasmi game.
Ciri-ciri penting
- Menampilkan senjata klasik dan teknologi baharu seperti Meteor Shower.
- Terokai Bumi pada tahun 1960-an.
- Pertahankan dunia yang lebih besar dan lebih terbuka.
- Menggunakan manusia untuk menjadikan DNA cocktail bagi meningkatkan skill.
- Main bersama rakan secara lokal dengan kemudahan split screen.
Dengan pra-tempah Destroy All Humans! 2 Reprobed juga membolehkan anda untuk mendapatkan game Destroy All Humans! Clone Carnage secara percuma! Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Clone Carnage, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post