Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball: Goku ada sebanyak ‘4 bentuk Ultra Instinct’ , info ringkas!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 26, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Dragon Ball: Goku ada sebanyak ‘4 bentuk Ultra Instinct’ , info ringkas!
Share on FacebookShare on Twitter

Dragon Ball Super telah memperkenalkan bentuk baharu untuk Ultra Instinct milik Goku dengan keluaran bab #86 tetapi ini telah menimbulkan persoalan besar: berapa banyak bentuk Ultra Instinct yang Goku sebenarnya miliki?

Apabila Ultra Instinct (UI) mula-mula diperkenalkan semasa saga Dragon Ball Super Tournament of Power, ia serta-merta mencetuskan pelbagai jenis teori di mana peminat menganggap kuasa ini telah membawa Goku ke tahap dewa saing-saing God of Destruction. Versi manga kemudian meneruskan kisah selepas anime, dan kita diperkenalkan kepada pelbagai jenis Ultra Instinct lain.

Termasuk Ultra Instinct Sign (bentuk pertama), dan versi terbaru yang dikenali sebagai “True Ultra Instinct”, Goku kini mempunyai empat bentuk Ultra Instinct! Supaya tiada yang salah faham, senarai ini tidak termasuk varian seperti Ultra Instinct+Super Saiyan dan sebagainya. Kita hanya akan bentuk UI rasmi yang disahkan dalam manga dan anime sahaja.

Berikut adalah penjelasan ringkas bagi setiap satu termasuk gambar:

Ultra Instinct Sign

Apabila Goku menggunakan UI Sign, rambutnya menjadi semakin pacak (kerana dikelilingi oleh Ki ungu biru) dan berubah warna ke hitam/kelabu. Matanya juga menjadi lebih serius dengan anak mata yang kini berwarna kelabu/perak.

Dalam anime dan manga, bentuk ini meningkatkan keupayaannya ke tahap yang jauh lebih tinggi daripada transformasi “X20 Super Saiyan Blue Kaio-ken” di mana kesedaran Goku yang ditingkatkan membolehkannya untuk bertindak dengan cepat dalam pertempuran tanpa perlu memikir.

Ultra Instinct – Powerhouse

Apabila menggunakan bentuk ini, badan Goku menjadi lebih berotot dan dia memperoleh aura yang lebih garang dengan warna serupa Super Saiyan Blue.

Walaupun bentuk UI – Powerhouse memberikan Goku lebih banyak kekuatan fizikal dan kuasa berasaskan ki, rupa-rupanya kebolehan mengelak dan pertahanan UI Sign telah dikurangkan disebabkan oleh emosi dan kemarahan yang dialami. Untuk benar-benar memperoleh kekuatan sebenar Ultra Instinct, seseorang perlu berada dalam keadaan mental yang tenang.

Perfected Ultra Instinct

Dengan memahirkan Perfected Ultra Instinct, Goku dapat berubah ke bentuk yang lebih kuat, yang kerap dirujuk sebagai bentuk “ultimate” atau “bentuk tanpa bandingan”. Bentuk ini adalah sama dengan UI Sign, cuma warna rambut Goku kini berwarna kelabu.

Perfected UI bukan sahaja memberikan Goku lebih banyak kuasa, malah ia meningkatkan tahap kebolehan mengelak dan serangan balas Goku ke tahap tertinggi. Dalam keadaan ini, kekuatan Goku melonjak jauh melebihi semua orang dan menjadikannya antara pahlawan paling kuat dalam dunia, sama taraf dengan entiti “God of Destruction” dan “Angel”.

True Ultra Instinct

True Ultra Instinct ialah bentuk UI yang didorong oleh emosi serta merupakan versi UI Sign yang dipertingkatkan, unik kepada Goku.

Bentuk ini mempunyai mata yang sama seperti UI standard, namun dia tidak perlu mengekalkan aura pada setiap masa seperti versi original. Apabila tidak berbuat demikian, rambut Goku kekal sama seperti normal (tidak berubah ke warna hitam kelabu).

True UI ialah versi unggul kepada UI Sign dan membenarkan Goku bertarung sesuka hati mengikut emosi tanpa perlu menenangkan diri. Ini membolehkan Goku bertarung dengan lebih berkesan dan memanfaatkan Ultra Instinct ke tahap yang lebih tinggi.


Buat masa ini, Goku masih belum lagi “menguasai” Ultra Instinct, tetapi kita dapat melihat bahawa dia telah memanfaatkan kuasa ini dalam pelbagai cara. Jadi apa pendapat anda? Adakah Goku dapat menguasai Ultra Instinct dalam masa terdekat atau jauh lagi sebelum kita melihat dia menjadi pahlawan terhebat di alam semesta? Meh kongsi pendapat korang di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Sumber – Dragon Ball Fandom

Tags: animeDragon BallgokuUltra Instinct
Previous Post

Resident Evil menduduki carta Top 2 di Netflix, Stranger Things 4 masih kekal No 1

Next Post

Soul Hackers 2 akan hadir ke Steam dengan bonus khas, Wallpaper animasi desktop!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Soul Hackers 2 akan hadir ke Steam dengan bonus khas, Wallpaper animasi desktop!

Soul Hackers 2 akan hadir ke Steam dengan bonus khas, Wallpaper animasi desktop!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd