Wow, siapa ingat Blizzcon tahun lepas? Kalini, WoW : Battle for Azeroth akan dimasukkan pada 14 Ogos tahun ini. Pemain akan pilih puak yang korang rasa berbaloi untuk berlawan bersama. Jadi, ini merupakan antara perang yang besar di antara Horde dan juga Alliance. Kepada sesiapa yang pernah main World of Warcraft, mesti korang tahu akan apa yang terjadi selepas Alliance serang Undercity dan jugak Horde menyerang dan membakar Teldrassil, The World Tree. Adakah disebabkan Teldrassil dijatuhkan yang menjadi sebab kenapa Alliance menyerang Undercity ataupun kebakaran The World Tree disebabkan oleh serang berani Alliance terhadap Lordaeron? Hari ni, aku berpeluang untuk menjenguk HQ Blizzard dan kutip sedikit info tentang ini, jadi, untuk info lanjut, ikot aku dalam entri ni.
Ciri-ciri Utama
Jadi, untuk expansion kali ini, Battle for Azeroth akan menaikkan max level cap kepada 120 dari 110. Kepada korang yang ada pre purchase, korang boleh boost karekter korang dari 1 sehingga ke 110 dan juga, akan di masukkkan dua jenis kaum mengikut puak yang dipilih. Untuk Horde, Highmountain Tauren dan juga Nightborn akan bersama korang. Untuk Alliance pulak, korang akan dapat Lightforged Draenei dan Dark Iron Dwarf. Selepas beberapa storymode, korang akan unlock lagi beberapa kaum yang boleh dimain. Mag’har Orcs untuk Horde, dan Dark Iron Forge Dwarves untuk Alliance.
Korang juga boleh mengembara ke pulau untuk menakluk pelbagai musuh , persekitaran dan objektif yang sentiasa berubah dalam Island Expedition. Bertempur dalam kumpulan 3 orang, berlumba lah korang dengan lawan korang untuk mengumpul setiap sumber yang ada di pulau dan sebagai hasil kepada peperangan korang. Kali ini, mereka memasukkan satu mekanik peperangan yang unik. Ianya dipanggil sebagai mod Warfront. Dimana, ianya satu peperangan berskala besar yang melibatkan 20 orang cooperative untuk menakluk satu tempat yang strategik. Korang boleh luaskan kuasa korang dengan berperang dengan pihak musuh. Mod baru ini diinspirasikan dari RTS World of Warcraft yang lama.
Lore
Selepas terbakarnya Teldrassil, The World Tree, dan juga serangan Alliance terhadap Undercity, Horde berjaya mengambil alih seluruh Kalimdor dan Alliance akan menakluk Eastern Kingdoms.
Ini peta yang korang boleh tengok :
Terbakarnya Teldrassil membuatkan tercetusnya event Battle for Azeroth. Blizzard tak cakap yang mana jadi dulu, sebab ada dua event yang penting, terbakarnya Teldrassil dengan Hero yang mara ke Teldrassil.
Memandangkan kedua-dua puak terpisah oleh laut, jadi, kedua-dua puak mencari sekutuk yang mempunyai kekuatan tentera laut. Horde mencari sekutunya di dari Zalandari Trolls manakala, Alliance mempunyai Kul Tiras yang memihak kepada mereka. Zalandari Trolls diketuai oleh Princess Talaji dan Kul Tiras, oleh Jaina Proudmore.
Untuk expansion kali ini, tiada Mount yang boleh terbang, tetapi, mungkin akan dikeluarkan pada masa hadapan. Dan tempat baru akan dibuka bila pemain naik level. Dengan sampai kepada level 120, tempat akan dibuka dua kali ganda untuk pemain meneroka. Selain daripada itu, ada ciri baru iaitu Island Expedition, dimana, tiga pemain berlumba untuk menakluk pulau demi sumber. Semasa misi menakluk, akan timbulnya musuh lain yang tidak diketahui adakah ianya pemain lain atau AI.
Selain Daripada itu, ada mode baru iaitu Warfront, ianya merupakan satu PvE yang melibat sakala yang besar, iaitu 20 orang dan hanya satu Warfront sahaja yang ada buat masa sekarang, iaitu Arathi. Kawasan Arathi akan di kawal oleh salah satu kumpulan pada satu masa sahaja.
World of Warcraft Battle for Azeroth akan dijual dengan fizikal dan juga digital pada harga MYR 193.40 untuk edisi biasa. Untuk Digital Deluxe Edition pulak, berharga MYR 270.78. Untuk Digital Deluxe edition, korang akan dapat banyak in game bonus seperti Seabraid Stallion ( Alliance ) Mount, Gilded Ravasaur ( Horde ) Mount, dan Tottle the Baby Tortollan untuk World of Warcraft.
Eksklusif Collector Edition juga ada dan ianya berharga MYR 386.84 dan korang akan dapat Horde & Alliance Double-Sided Mark of Allegiance, Hardcover Double-Sided Book : Elegy & A Good War, dan jugak Battle for Azeroth Soundtrack. Untuk World of Warcraft Battle for Azeroth sangat la eksklusif dan juga terhad, jadi, kepada peminat dan kipas-susah-mati WoW, boleh lah korang dapatkan cepat-cepat, takut nanti terlepas.
So, aku dapat sentuh sikit gameplay WoW Battle for Azeroth, aku letak video untuk santapan mata korang.
Selain dari mencuba Expansion baru Battle for Azeroth, kami jugak berjaya mencuri sedikit masa untuk menemuramah Matt Goss, Lead Game Designer dan Patrick Dawson, Technical Director untuk World of Warcraft. Temuramah ini akan membincangkan tentang apakaha perkara yang baru ada dalam Battle for Azeroth, dan beberapa perkara yang ditukar untuk Expansion kali ini.
Ini merupakan video semasa kami menemuramah mereka :
@gamersantaimy
Discussion about this post