Walaupun diumumkan akan keluar pada tahun ini, nampaknya game Avatar: Frontiers of Pandora ditunda ke tahun 2023. Ia telah diumumkan secara rasmi oleh Ubisoft dan game tersebut berkemungkinan besar akan menemui pemain paling awal pada April 2023.

Laporan jualan Ubisoft untuk suku pertama 2022-2023, telah membawa berita buruk tersebut serta menjelaskan bahawa Avatar: Frontiers of Pandora akan dikeluarkan pada 2023-2024. Jadi ada juga peluang untuk game tersebut dilancarkan selepas filem kedua ditayangkan nanti. Laporan tersebut juga ada mengatakan bahawa Ubisoft ingin memberikan pengalaman yang hebat dengan memanfaatkan teknologi next-gen sepenuhnya.

Beberapa tajuk game lain yang tidak diumumkan Ubisoft juga mendapat layanan yang sama. Maksudnya memang kita tidak akan mendapat game terbaru daripada Ubisoft pada tahun hujung tahun ini. Tetapi dengan acara Ubisoft Forward pada 10 September ini, mungkin kita akan dapat melihat beberapa kemas kini mengenai game yang bakal dilancarkan. Kalau mereka tunjukkan trailer baru untuk game akan datang pun bagus juga.

Dengar cerita, game Assassin’s Creed yang baru juga mungkin didedahkan dalam acara tersebut. Tetapi janganlah letak harapan tinggi sangat, nanti kecewa pula. Apapun, dengan penundaan game Avatar ini, nampaknya kita akan menonton dahulu filem Avatar 2 yang dijadualkan untuk tayangan pada 14 Disember ini. Pandora yang luas itu sekali lagi membawa penonton melihat dunianya yang indah tersebut tetapi kali ini lebih kepada lautan pula. Harap-harap game open world Ubisoft ini boleh memberikan pengalaman yang sama nanti.
@gamersantaimy
Discussion about this post