Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Iron Man VR dikatakan lebih Inovatif, Lancar dan lebih Padu!

Demo dah keluar, macam best kan dapat jadi Tony Stark?

Nyny.A by Nyny.A
April 9, 2019
in Artikel, Berita, PS4, Teknologi
0 0
0
Marvel’s Iron Man VR dikatakan lebih Inovatif, Lancar dan lebih Padu!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Mac yang lalu, pihak Sony telah pun mendedahkan bahawa Marvel’s Iron Man mungkin akan hadir di VR (Virtual Reality) dan telah pun kami kongsikan (tekan sini). Jadi dari situ, pemain menjadi tertanya-tanya adaah benar atau tak Marvel’s Iron Man VR ini akan hadir?

Pihak Camoflaj yang juga penerbit kepada Marvel’s Iron Man telah pun mendengar kata-kata pemain dan telah memulakan projek ini di dalam VR.

Marvel’s Iron Man VR ni pastinya akan menjadi satu game yang sangat menarik dan sangat sempurna untuk VR terutamanya pada peminat pemain game Marvel’s. Korang bayangkan dapat pakai topi keledar Iron Man, mengguna fizikal kuasa-kuasanya, merasa kewujudan perisainya semua ni kita dapat rasakan dalam VR.

Image result for iron man vr

Walaupun membuktikan bahawa Marvel’s Iron Man sangat sesuai untuk VR, tetapi untuk mencipta pengalaman yang terbaik ketika bermain game ini memerlukan visual ikon yang sempurna, HUD (heads-up display) yang sempurna seperti 3D dan merasakan diri kita seperti betul-betul didalam perisai, sudah tentu semua itu tidak mudah.

“One of the things that we had to start from scratch over four times was the HUD,”

“The first HUD wasn’t good enough. The second HUD wasn’t good enough. It wasn’t until the fifth one where we really sort of felt like that 3D, that parallaxing was there and you get that real sense that you’re inside the helmet.”

-Ryan Payton, founder of developer Camouflaj.

Pada awal bulan ini, satu demonstrasi telah ditunjukkan di sidang akhbar New York City, pihak Camouflaj memberi peluang kepada pihak akhbar untuk merasakan sendiri bermain dan menjalankan misi-misi didalam Marvel’s Iron Man VR.

Image result for ironman vr

Ini adalah antara respon dari pemain-pemain tersebut, “Iron Man VR adalah salah satu permainan terbaik yang pernah saya mainkan di PlayStation VR sehingga kini.” Dikatakan, sebaik sahaja anda memasang ‘Headset‘, anda terus melihat HUD (heads-up display) yang menakjubkan  yang menggunakan skrin terbina dalam dan visi periferal VR dengan lancar.

Kebanyakan ‘gameplay‘ berlaku dalam situasi penerbangan. Kawalan penerbangan sangat responsif dan bebas. Pemain boleh terbang ke mana saja yang pemain nak. Pemain juga akan memutuskan dimana, kemana dan urusan apa yang perlu dilakukan ketika menjadi Iron Man.

https://thumbs.gfycat.com/PartialShorttermIbex-mobile.mp4

Di samping itu, ada pengawal bergerak di dalam gameplay yang akan membuat kita mengawal tangan dan lengan Iron Man. Untuk terbang, pemain perlu menggunakan tujahan di tapak tangannya. Kawalan ini sangat intuitif, ia membolehkan pemain mengawal kelajuan mengunakan letusan di tapak tangan Iron Man. Selain itu, menembak senjata juga sangat lurus ke hadapan. Senjata utama yang mereka sediakan juga di dalam demo, adalah denyutan tapak tangannya yang pemain gunakan hanya dengan mensasarkan tapak tangan pada objek dan tarik pencetusnya.

https://thumbs.gfycat.com/BronzeLankyGar-mobile.mp4

Mesti korang dah tak sabar merasa Marvel’s Iron Man VR ni kan? Katanya dijadualkan pelancaran pada tahun ini juga. Harap-harap VR akan keluar dalam edisi khas bewarna merah dan emas mengikut tema warna Iron Man, baru ada feel sikit jadi Iron Man kan!

Sumber: Esquire, Variety

Tags: Marvel's Iron manMarvel's Iron Man VRSony VR
Previous Post

Bekas pekerja Valve berkata kehadiran Epic Games ke pasaran PC Store adalah bagus sebagai pencabar Steam!

Next Post

European Commission mendakwa firma permainan video seperti Valve, ZeniMax dan Bandai Namco telah melanggar undang-undang Anti-Trust EU!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Next Post
European Commission mendakwa firma permainan video seperti Valve, ZeniMax dan Bandai Namco telah melanggar undang-undang Anti-Trust EU!

European Commission mendakwa firma permainan video seperti Valve, ZeniMax dan Bandai Namco telah melanggar undang-undang Anti-Trust EU!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd