Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

COD: Vanguard beri akses seminggu percuma untuk Multiplayer dan Zombies!

Maira by Maira
July 21, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Percuma, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
COD: Vanguard beri akses seminggu percuma untuk Multiplayer dan Zombies!
Share on FacebookShare on Twitter

Call of Duty (COD) Vanguard sekali lagi hadir secara percuma untuk dimainkan oleh semua gamer. Anda diberi akses seminggu untuk bermain mod multiplayer dan Zombies bermula hari ini sehinggalah 26 Julai jam 11 pm. Anda juga boleh merasai peta terbaru Vanguard, USS Texas 1945, Blueprint Gun Game serta peta Zombies baru, Shi No Numa. Bukan setakat itu, Mercenaries of Fortune juga boleh diakses sewaktu minggu tersebut.

Berlayar di USS Texas 1945, peta multiplayer klasik yang pertama kali diperkenalkan dalam COD: WWII. Rekaan peta menggalakkan penglibatan yang berterusan. Jadi bersedia untuk mempertahankan kedudukan anda dan selesaikan objektif.

Tunjukkan kecekapan senjata anda dalam Blueprint Gun Game. Jadilah yang pertama untuk menggunakan 18 senjata berbeza untuk memenangi perlawanan. Hapuskan pemain dengan senjata semasa anda beralih ke senjata yang seterusnya atau bawa mereka keluar dengan serangan jarak dekat untuk membiarkan mereka kembali gunakan satu senjata.

Shi no Numa membawa round-based Zombies yang klasik ke Vanguard. Terdapat khabar angin tentang peninggalan yang terletak jauh di perdalaman paya yang boleh memutuskan ikatan antara penjahat Von List dan Kortifex the Deathless. Misi anda adalah untuk hasilkan senjata hebat, cari peninggalan tersebut dan bongkar masa lampau Kortifex.

Sebagai tambahan kepada peta dan mod yang ditambah, pemain Akses Percuma akan mendapat akses kepada stok penuh kandungan Vanguard, termasuk peta multiplayer seperti Sphere, Mayhem, Shipment dan Das Haus. Cuba mod klasik dan lebih baharu seperti Team Deathmatch, Domination, Hardpoint dan Arms Race.

Akses Percuma multiplayer dan Zombies COD Vanguard bermula pada 20 Julai dan berakhir pada 26 Julai. Muat turun tambahan diperlukan untuk dimainkan. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk maklumat lanjut mengenainya.

Muat turun di sini
Call of Duty: Vanguard
Publisher: Activision
Release Date TBC
PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Call of Duty: Vanguard adalah tajuk baru yang bakal tiba ke siri Call of Duty. Game ini telah dibangunkan oleh Sledgehammer Games, iaitu studio yang sama menghasilkan Call of Duty: World at War II, dan Vanguard juga membawa pengalaman Perang Dunia ke-2 seperti sebelumnya.
Tags: Call of Duty: VanguardmultiplayerPercumazombies
Previous Post

Oddworld: Soulstorm akan tersedia di Nintendo Switch, Pre-Order sekarang!

Next Post

One Punch Man 168: Saitama bersin sampai hancur Jupiter! [SPOILER]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
One Punch Man 168: Saitama bersin sampai hancur Jupiter! [SPOILER]

One Punch Man 168: Saitama bersin sampai hancur Jupiter! [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd