HyperX antara pengeluar peripheral gaming yang terkenal. Kami telah berpeluang untuk mencuba headset daripada HyperX iaitu Cloud Core Wireless, headset khas gaming. Ingin tahu hebat atau tidak headset ini, jom baca review kami!
Apa yang hadir bersama headset?
Buka sahaja kotak HyperX Cloud Core Wireless, kita akan mendapat headset, kable pengecas USB-C, adapter USB, mikrofon yang boleh ditanggalkan, manual dan juga kad arahan untuk DTX. Kalau anda harapkan kotak simpanannya tersendiri, malang sekali ia tidak tersedia. Jadi kalau anda segala benda yang dinyatakan di atas tidak akan tempat khas untuk menyimpannya kecuali kotak asal. Boleh juga kalau anda membeli kecil khas untuk menyimpan headset ini.

Memandangkan ia merupakan headset wireless, mesti ramai yang ingin menggunakannya semasa berada di luar. Tetapi ia agak leceh disebabkan mikrofon serta adapter-nya yang besar. Lebih besar berbanding saiz normal USB. Selain daripada itu, sambungan antara headset dan komputer hanya terhad kepada 5-6 meter tanpa sebarang dinding atau pintu. Kalau tidak memang tersekat-sekat segala benda yang anda dengari melalui headset tersebut.
Pengalaman menggunakan HyperX Cloud Core Wireless
Bercerita tentang keselesaan semasa memakainya, earcup-nya menggunakan Memory Foam dan menyediakan keselesaan kepada pengguna. Ia juga dilitupi dengan leather yang lembut. Selama 5 jam memakainya, ia tidak membuatkan kepada saya sakit tetapi telinga sudah mula rasa tidak selesa selepas 3 jam. Tetapi apabila memakainya banyak kali, telinga sudah tidak berasa sakit, jadi memang Memory Foam headset ini berfungsi dengan bagus.

Pada sebelah kiri headphobe, terdapat beberapa butang kawalan seperti butang power, butang mute mikrofon, roda bunyi, dan juga port pengecasan USB-C. Agak mudah untuk anda gunakannya nanti kerana semuanya tersedia pada bahagian yang sama. Saiz headset ini agak kecil berbanding headset gaming yang saya pernah guna. Sampai habis extender headset tersebut untuk saya pakai dengan selesa. Senang cerita, kalau anda rasa kepala anda besar, memang kena manfaatkan extender headset tersebut.

Walaupun begitu, apabila anda memakai headset ini, agak susah juga untuk dengar bunyi dari persekitaran. Jadi kalau main game atau tonton filem, memang anda tidak akan diganggu oleh bunyi bising luar. Cap jari anda juga susah untuk melekat pada headset ini kerana bahan kemasan yang digunakan. Kalau anda jenis berpeluh pula, kusyen headset ini memang tidak akan serap peluh memandangkan ia diliputi dengan leather.

Kualiti dan prestasinya
HyperX Cloud Core Wireless dilengkapi dengan 53mm Driver. Bagi saya, kualiti bunyinya agak normal, bass tidak begitu kuat tetapi ia mampu menyampaikan bunyi yang kuat dan jelas. Ia juga mempunyai fungsi stereo yang juga terdapat dalam kebanyakan headset. Jadi kalau anda bermain game FPS, memang senang untuk mendengar arah tapak kaki musuh dalam game. Kalau anda betul-betul perlukan bass yang kuat, headset ini menyokong aplikasi DTS:X. Ia mampu memberikan bunyi yang lebih 3D dan mendalam kepada muzik, filem dan game. Jangan lupa untuk gunakannya kalau gunakan headset HyperX ini.

Headset ini boleh digunakan selama kira-kira 24 jam dengan bateri penuh dan hanya memerlukan 3 jam untuk mengecasnya semula. Anda juga boleh mengetahui status bateri anda melalui LED dengan menggunakan butang power. Berikut adalah petunjuk lampu LED tersebut:
- Pairing
- LED hijau dan merah setiap 2 saat
- Cari peranti
- LED bekelip dengan perlahan
- Apabila disambung:
- Lampu hijau: 90% – 100%
- Lampu hijau berkelip selama 5 saat: 15% – 90%
- Lampu merah berkelip selama 5 saat: bawah 15%
LED akan terpadam sendiri apabila anda menghidupkan headset tersebut untuk digunakan. Bateri headset juga boleh dijimatkan kerana ia mempunyai fungsi tutup sendiri jika tidak digunakan selama 30 minit.
Mikrofonnya juga agak normal. Walaupun ia tidak menapis bunyi persekitaran tetapi ia masih mampu memberikan output suara yang jelas. Kalau anda malas untuk tanggalkan mikrofon tersebut, boleh sahaja gunakan butang mute yang tersedia.

Kesimpulan
Untuk sebuah headset gaming, ia memang menepati ciri-ciri asas walaupun tidak begitu sempurna. Tetapi ia masih mampu memberikan keselesaan serta prestasi yang baik ketika gaming mahupun menonton filem. Hayat baterinya memang mantap malah masa yang diambil untuk mengecasnya kembali juga tidak begitu lama. Jadi pakailah selama mana yang anda inginkan. Kalau anda seorang gamer baru ataupun kasual, saya memang syorkan anda untuk gunakan HyperX Cloud Core Wireless. Untuk mendapatkan spesifikasi lanjut tentangnya, boleh lawati laman web rasmi HyperX.
@gamersantaimy
Discussion about this post