Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The DioField Chronicle menawarkan DEMO pada 10 Ogos sebelum keluaran 22 September

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2022
in Artikel, Berita, Demo, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Real time strategy, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
The DioField Chronicle menawarkan DEMO pada 10 Ogos sebelum keluaran 22 September
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix mengumumkan bahawa game RPG strategi ‘The DioField Chronicle’ akan dilancarkan pada 22 September untuk PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Switch, Xbox One dan Xbox Series X/S. Bukan itu sahaja, demo The DioField Chronicle juga akan tersedia pada 10 Ogos!

Tentang jalan cerita, The DioField Chronicle berlatarkan dunia menarik yang menggabungkan pengaruh fantasi, zaman pertengahan dan zaman moden. Berikut adalah sinopsis:

Selepas 200 tahun aman, DioField Island masuk ke zaman peperangan bagi mineral Jade kerana kepentingannya dalam sihir. Di tengah-tengah semua huru-hara ini, sekumpulan askar upahan elit yang menggelarkan diri, Blue Fox, mula bangkit. Tetapi adakah Blue Fox datang untuk memberi harapan atau menjadi tragedi paling gelap?

Berkenaan combat system, game ini memperkenalkan “Real Time Tactical Battles”, atau singkatannya RTTB. Pemain boleh ‘pause’ game untuk melihat medan perang, dan memberi arahan kepada tentera, tetapi segala yang berlaku bermula daripada tindakan pasukan anda kepada serangan musuh akan berlaku pada masa yang sama.

Ini menghasilkan pertarungan yang fast-paced, di mana anda perlu sentiasa mengawasi keadaan medan perang, dan memberi arahan yang mengambil kesempatan daripada kekuatan dan kelemahan musuh. Yang penting, pemain perlu sentiasa bersedia untuk mengubah suai strategi bagi menampung tempo pertempuran yang sentiasa berubah.

Pada 10 Ogos, pemain akan dapat memuat turun demo The DioField Chronicle. Maklumat lanjut tentang kandungan demo akan diumumkan pada masa akan datang tetapi Square Enix mengesahkan bahawa kemajuan anda akan diteruskan ke game penuh.

Sekali lagi saya ingatkan, The DioField Chronicle’ akan dilancarkan pada 22 September untuk PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Switch, Xbox One dan Xbox Series X/S.

Untuk segala liputan kami tentang game buatan Square Enix, korang boleh klik pautan di sini.

Tags: Demortssquare enixThe DioField Chronicle
Previous Post

Terlepas Steam Summer Sale? Epic Summer Sale 2022 baru sahaja mula!

Next Post

Skate 4 rupanya game Free-to-Play, tidak akan ada mekanik Pay-to-Win!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Skate 4 rupanya game Free-to-Play, tidak akan ada mekanik Pay-to-Win!

Skate 4 rupanya game Free-to-Play, tidak akan ada mekanik Pay-to-Win!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd