Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Centre Mid Valley membuka pre-order PS5 bagi Julai 2022! Ada bundle Horizon Forbidden West!

Maira by Maira
July 8, 2022
in Artikel, Berita, Game, Konsol, Produk, PS5, Tempatan
0 0
0
Sony Centre Mid Valley membuka pre-order PS5 bagi Julai 2022! Ada bundle Horizon Forbidden West!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti biasa, bulan baru bermaksud pre order untuk PS5 kembali lagi untuk gamer yang ingin mencuba nasib untuk mendapatkan konsol terbaru PlayStation. Sony Centre Mid Valley sekali lagi membuka borang dalam talian untuk anda mencuba nasib untuk memiliki konsol PS5 pada bulan Julai. Anda boleh mengisi borang tersebut melalui pautan ini. Borang ini tersedia mulai 8 Julai sehingga 11 Julai pada jam 2pm.

Untuk pre-order kali ini, ada dua versi konsol yang tersedia untuk anda pilih dengan tambahan controller DualSense. Lebih menarik sekali, salah satu versi konsol tersebut datang dengan bundle game Horizon Forbidden West. Harga untuk konsol bundle tersebut ialah RM 2519 untuk versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray manakala RM 2089 untuk versi konsol digital. Kalau anda ingin konsol biasa sahaja juga boleh. Anda pilih sahaja versi mana yang akan inginkan. Berikut adalah posting Facebook oleh Sony Centre Mid Valley:

Bukan setakat itu sahaja, terdapat banyak game tersedia untuk anda tambah pada pre order PS5, contohnya Uncharted: Legacy of Thieves Collection, Gran Turismo 7 dan lain-lain. Anda juga boleh menambah waranti untuk untuk versi konsol yang dikehendaki. Peranti PS5 lain seperti Pulse 3D Headset, media remote dan charging station juga tersedia untuk anda tempah.

Anda juga boleh melanggan PS Plus yang baru juga melalui borang dalam talian tersebut. Kalau rasa storan PS5 tidak mencukupi, anda juga boleh menambahnya. Terdapat dua pilihan NVMe M.2 SSD tersedia iaitu 1TB (RM 799) dan 2 TB (RM 1549).

Mereka yang bernasib baik untuk mendapatkan konsol PS5 ini, akan dihubungi oleh pihak Sony Centre Mid Valley seawal 12 Julai 2022. Jika anda tidak mendapat sebarang panggilan, anda perlu tunggu pra-pesanan pada bulan yang seterusnya. Jadi, anda yang masih inginkan konsol PS5 ini jangan lupa untuk mengisi borang daripada Sony Centre Mid Valley untuk bulan Julai. Mungkin anda antara yang bertuah untuk memiliki PS5. Jika anda ingin membaca semua liputan kami tentang PS5 termasuk berita terkini dan ulasan, sila klik di pautan ini.

Tags: Pre-order PlayStation 5ps5Sony Midvalley
Previous Post

Game shooter co-op ‘The First Descendant’ menjemput pemain untuk cuba ujian beta PC

Next Post

Acara PUBG Mobile x KL Gangster akan tiba 15 Julai 2022, temu Shark & Malek

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Acara PUBG Mobile x KL Gangster akan tiba 15 Julai 2022, temu Shark & Malek

Acara PUBG Mobile x KL Gangster akan tiba 15 Julai 2022, temu Shark & Malek

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd