Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo Immortal akhirnya tersedia di Malaysia – Download sekarang!

safwan by safwan
July 8, 2022
in Android, Artikel, Battle.net, Berita, Game Baru, iOS, PC, RPG
0 0
0
Diablo Immortal akhirnya tersedia di Malaysia – Download sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas ditunda beberapa kali untuk dilancarkan di Malaysia, akhirnya Diablo Immortal tersedia di Asia Tenggara termasuk negara tercinta kita, Malaysia untuk iOS, Android dan juga PC. Jika, anda berminat untuk membaca review kami berkenaan Diablo Immortal, sila klik pautan ini.

Skarn, Lord of Damnation telah mengumpulkan pasukannya untuk menjemput ketibaan anda yang hampir ke Sanctuary. Hanya dalam beberapa hari sahaja lagi, anda akan menjelajahi banyak tempat Sanctuary untuk mencari serpihan dari Worldstone yang hancur. Hanya selepas itu, anda akan mendapat peluang untuk menggagalkan rancangan jahat Skarn.

Sebelum memulakan pengembaraan, anda perlu memilih “role” tidak kiralah sebagai Barbarian, Crusader, Demon Hunter, Monk, Necromancer atau Wizard. Berikut adalah roadmap untuk pelancaran Diablo Immortal ke seluruh Asia Tenggara.

Pelancaran rasmi di Asia Tenggara

Sama seperti versi global, Blizzard Entertainment telah melancarkan Diablo Immortal pada 8 Julai pada jam 9 pagi di iOS, Android dan PC sebagai Beta Terbuka di Hong Kong, Indonesia, Macao, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Ia juga boleh didapatkan di Vietnam tetapi hanya PC sahaja.

Cara untuk hidupkan ciri cross-progression

Akaun Battle.net diperlukan untuk bermain Diablo Immortal pada PC dan peranti mobile. Pemain juga boleh bermain sebagai “guest”* pada mobile dan kemudian log masuk atau membuat akaun Battle.net untuk bawa progress ke PC.
* Akaun guest hanya boleh diakses melalui peranti di mana akaun tersebut dihasilkan, kecuali backup melalui cloud dihidupkan.

Sokongan pelanggan dan Komuniti

Jika anda terjumpa masalah semasa bermain pada hari pelancaran, boleh hubungi Blizzard melalui forum, Facebook dan Instagram.

Sepanjang ujian beta terbuka ini berlangsung di PC, Blizzard akan terus mengumpulkan maklum balas pemain dan membuat penambahbaikan pada Diablo Immortal sehingga pemain dapat bermain dengan lancar.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Diablo Immortal telah tersedia di Malaysia mulai hari ini. Untuk mendapatkan maklumat lain mengenai game, anda boleh singgah ke laman web rasmi game. Anda juga boleh merujuk artikel lama kami mengenai Diablo Immortal melalui pautan ini.

Muat turun di sini
Diablo Immortal
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date TBC
Android, iOS
Diablo Immortal adalah permainan ARPG hack dan slash dalam siri Diablo yang direka untuk online multiplayer pada peranti mudah alih. Dikembangkan oleh Blizzard dan NetEase, permainan ini diumumkan pada akhir 2018 dan akan dilancarkan di Android dan iOS.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: diablo immortal
Previous Post

Game Terminator baru dalam pembikinan, bertema ‘open-world survival’

Next Post

LOTR: Gollum dedahkan trailer baru memaparkan “stealth” gameplay serta dunia Middle-earth!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?
Mobile

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?

May 9, 2025
Next Post
LOTR: Gollum dedahkan trailer baru memaparkan “stealth” gameplay serta dunia Middle-earth!

LOTR: Gollum dedahkan trailer baru memaparkan "stealth" gameplay serta dunia Middle-earth!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd