Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Warhammer: Vermintide II – Deluxe Edition akan keluar untuk PS4 dan Xbox One pada Jun tahun ini!

Dijual dalam bentuk fizikal dan tidak dimuat turun.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 5, 2019
in Artikel, Berita, Bimbingan, PS4, Xbox One
0 0
0
Warhammer: Vermintide II – Deluxe Edition akan keluar untuk PS4 dan Xbox One pada Jun tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Warhammer: Vermintide II sudahpun sangat-sangat terkenal, tetapi pasukan development di Fatshark dan penerbit di 505 Games telah memilih untuk melonjakkan Warhammer: Vermintide II lebih jauh – dengan pelancaran full retail untuk Xbox One dan PS4 pada Jun tahun ini.

Menghadirkan diri di Xbox One dan PS4 dalam bentuk Deluxe Edition ialah Warhammer: Vermintide II serta tarikh keluaran pada 11 Jun, 2019. Game yang jualannya berbilang juta ini akan ke dunia sebenar dan bukan alam maya untuk menghantar base game serta dua DLC pack dan pelbagai content ekstra.

Termasuk di dalam bundle ini ialah dua DLC yang pernah dikeluarkan, “Shadows Over Bögenhafen” dan “Back to Ubersreik”, serta content premium ekstra yang termasuk misi khas (Heroic Deeds), skin karakter, sebuah potrait frame, dan Sigmar Keep Statue.

Game ini akan datang dengan harga £39.99/€49.99/$49.99 da seharusnya menarik minat bukan hanya fans Warhammer, tetapi gamers yang masih suka membeli game secara fizikal berbanding dunia digital muat turun kini. Jika selama ini anda terlepas Vermintide II, anda memang tak rugi lah kalau beli edisi ini!

Warhammer: Vermintide II ialah game first person action four-player co-op yang berlangsung di dunia Warhammer Fantasy Battles. Di dalam sekuel kepada Warhammer: End Times yang juga sangat terkenal – jalan cerita Vermintide bermula dengan lima pewira yang dahulu pulang untuk bertarung dengan ancaman yang lebih hebat berbanding End Times, iaitu tentera bergabung yang terdiri daripada askar-askar Skaven yang pengecut dan askar-askar Chaos yang ganas. Vermintide II menguji pemain dengan meluaskan pertempuran first-person ini dengan musuh baru, 15 career path baru, talent trees, senjata baru, system loot yang diperbaiki dan macam-macam lagi.

Di bawah adalah trailer untuk keluaran retail-nya. Moga peminat terus sambung berlawan!

Sumber – VGChartz

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Deluxed EditionFull RetailPlayStation 4warhammerWarhammer: Vermintide 2Xbox One
Previous Post

Caravan Stories untuk PS4 akan keluar tidak lama lagi di Jepun!

Next Post

*Leaked* 5 senjata terbaru yang mungkin akan keluar untuk Apex Legends!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
*Leaked* 5 senjata terbaru yang mungkin akan keluar untuk Apex Legends!

*Leaked* 5 senjata terbaru yang mungkin akan keluar untuk Apex Legends!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd