Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan headset baru Sony, INZONE sudah tersedia di Malaysia! Harga bermula RM 439!

safwan by safwan
July 2, 2022
in Artikel, Berita, Headset, Teknologi
0 0
0
Barisan headset baru Sony, INZONE sudah tersedia di Malaysia! Harga bermula RM 439!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Malaysia telah mengumumkan INZONE, kelengkapan gaming terbaru untuk gamer PC yang boleh meningkatkan kebolehan gaming ke tahap maksimum. INZONE monitor memaparkan ciri hebat serta resolusi tinggi dan dinamik gambar yang besar manakala headset pula hadir dengan kehebatan bunyi dan ciri 360 Spatial Sound untuk gaming.

Barisan headset terbaru INZONE, memaparkan dua headset wireless, INZONE H9 yang datang dengan hayat bateri 32 jam dan INZONE H7 dengan 40 jam hayat bateri dan INZONE H3, headset berwayar. Ketiga-tiga model ini dilengkapi dengan mikrofon yang fleksibel berserta dengan fungsi mute, membenarkan pengguna untuk berkomunikasi dengan lancar semasa bermain game dengan kawan.

Fungsi 360 Spatial Sound Sony untuk gaming boleh dihidupkan menggunakan INZONE Hub PC. Ia akan menghasilkan bunyi spatial daripada isyarat audio multi-channel seperti yang diinginkan oleh pembangun game. Ketepatan bunyi yang dihasilkan membolehkan pemain untuk mendengar tapak kaki dan pergerakan dengan jelas. Selain itu, dengan aplikasi “360 Spatial Sound Personaliser”, pengguna boleh mendapatkan bunyi spatial yang dioptimumkan untuk gameplay.

Dibangunkan dengan kepakaran Sony dalam teknologi headset, INZONE H9 dan INZONE H7, kedua-duanya mempunyai reka bentuk unik yang membolehkan headset menghasilkan semula bunyi frekuensi yang sangat tinggi, serta frekuensi rendah yang tulen untuk pengalaman gaming yang mengasyikkan.

INZONE H9, INZONE H7 dan INZONE H3, mengawal dan mengoptimumkan penghasilan bunyi frekuensi rendah untuk bass yang menjadikan bunyi kedengaran sangat jelas.

Kusyen headset yang lebar dan lembut memberikan keselesaan jangka masa panjang kepada pemain. Pad telinga dibentuk untuk minimumkan tekanan pada telinga pemain dengan mengoptimumkan sentuhan sisi kepala mereka.

Daripada bunyi PC yang kuat sehingga bunyi pembangunan di luar, INZONE H9 mempunyai banyak mikrofon noise cancelling yang boleh menghalang sebarang bunyi gangguan. Untuk menambahkan lagi pengalaman bermain yang hebat, Sony telah meletakkan Dual Noise Sensor Technology yang digunakan pada headphone 1000x series. Jangan sekali-kali terlepas memainkan bunyi ambien untuk perkara yang penting seperti panggilan telefon, loceng pintu berdering atau rakan bercakap semasa gaming dengan Ambient Sound Mode.

Anda boleh gunakan PlayStation 5 Control Center untuk mengubah tetapan dengan mudah pada headset gaming supaya bunyi yang dihasilkan oleh headset adalah seimbang. Ia juga didatangkan dengan Tempest 34D AudioTech dimana anda boleh menikmati bunyi immersive apabila bermain. 

Ia didatangkan dengan software PC yang dikenali sebagai INZONE Hub. Anda boleh mengawal headset dan monitor INZONE. Pelbagai tetapan yang disediakan oleh Sony untuk mengubah dari segi audio dan gambar.

Spesifikasi INZONE headset gaming: 

  • INZONE H9 (Wireless Noise Cancelling Gaming Headset)
    • Spatial Sound 360 untuk gaming dan teknologi mengoptimumkan akustik, game selama berjam-jam dengan headband dan earcup yang selesa, Mode  Ambient Sound dan Noise Cancelling serta 32 jam hayat bateri. Dengan 10 minit caj pantas, anda boleh gunakannya sehingga sejam.
  • INZONE H7 (Wireless Gaming Headset)
    • Spatial Sound 360 untuk gaming dan teknologi mengoptimumkan akustik, game selama berjam-jam dengan headband dan earcup yang selesa. Ia boleh bertahan hingga 40 jam dan pengecasan pantas 10 minit dapat digunakan selama sejam.
  • INZONE H3 (Wired Gaming Headset)
    • Spatial Sound 360 untuk gaming dan teknologi mengoptimumkan akustik, game selama berjam-jam dengan headband dan earcup yang selesa.

Anda boleh dapatkan INZONE H7 pada harga RM 1,099 dan INZONE H3 pada harga RM 439 mulai hari ini. Manakala INZONE H9 akan tersedia pada bulan Ogos dengan harga RM 1,299.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Sony Inzone H3Sony Inzone H7Sony Inzone H9
Previous Post

Trailer terbaru Redfall mendedahkan gameplay, watak yang boleh dimainkan & banyak lagi!

Next Post

Genshin Impact 2.8: Summer Fantasia datang bersama Heizou, skin baru dan pelbagai acara menarik!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Genshin Impact 2.8: Summer Fantasia datang bersama Heizou, skin baru dan pelbagai acara menarik!

Genshin Impact 2.8: Summer Fantasia datang bersama Heizou, skin baru dan pelbagai acara menarik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd