Selepas sekian lama menunggu, Capcom akhirnya melancarkan DLC Monster Hunter Rise Sunbreak hari ini yang kini tersedia untuk download! Terdapat banyak kandungan baru untuk dinikmati daripada expansion kali ini di mana mereka menampilkan pelbagai jenis raksasa unik dan watak baru. Bukan itu sahaja, malah lebih banyak kandungan akan ditambah dengan Title Update 1 pada bulan Ogos nanti.
Walau bagaimanapun, sebelum para gamer boleh mengalami kisah Sunbreak, korang perlu menyelesaikan beberapa perkara penting terlebih dahulu. Di sini, saya akan menjelaskan cara-cara untuk memulakan DLC Monster Hunter Rise: Sunbreak.
Apa yang perlu kita buat untuk mulakan Sunbreak?
Pertama sekali, kita perlu melengkapkan jalan cerita utama dalam game dahulu. Secara lebih khusus lagi, anda perlu menyelesaikan 7★ Hub Quest “Serpent Goddess of Thunder” untuk memulakan DLC Sunbreak. Selepas itu, jumpa Rondine the Trader yang sedang melepak di jambatan merah dalam kawasan hub untuk mulakan misi pertama Subreak.

Jika anda masih belum memenuhi keperluan di atas kerana tidak cukup kuat tetapi tidak sabar untuk cuba Sunbreak, Capcom telah memberi solusi. Para pemain boleh memakai set armor Black Belt S dan senjata high-rank Defender yang ditambahkan secara percuma.
Untuk menebus item ini, berikut adalah langkah-langkah:
- Lawat Senri the Mailman
- Klik ‘Add-On Content’
- Pilih ‘Sunbreak Launch Celebration Black S armor set’ untuk mendapatkan item berikut
- Black Belt Helm S
- Black Belt Mail S
- Black Belt Braces S
- Black Belt Tassets S
- Black Belt Greaves S
- Pilih ‘Defender Weapons (14 types)’ untuk mendapatkan kesemua 14 jenis senjata dengan ciri high rank upgrade tree
Semua item di atas akan memudahkan perjalanan korang melalui jalan cerita utama. Untuk mempercepatkan lagi proses, pastikan diri fokus pada Hub Quest terutamanya.
Bagaimana untuk membeli DLC?
Pemain Nintendo Switch boleh membeli DLC melalui Nintendo eShop, yang boleh diakses melalui ikon beg beli-belah pada skrin utama. Pemain PC pula boleh membeli Sunbreak melalui halaman rasminya di Steam. Bagi kedua-dua platform, korang boleh pilih antara versi standard atau edisi Deluxe, serta maklumat tentang isi kandungan bagi kedua-dua versi.
Bagi mereka yang belum membeli tetapi berminat untuk cuba, korang boleh download demo percuma Monster Hunter Rise: Sunbreak di Switch dan Steam yang membolehkan pemain berhadapan dengan beberapa raksasa unik, termasuk quest yang mengharuskan kita membunuh monster flagship dalam expansion iaitu Malzeno.
Untuk segala liputan kami tentang DLC MH Rise: Sunbreak, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post