Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fuuto PI, anime sekuel Kamen Rider W akan ditayangkan secara rasmi di Muse Asia!

Maira by Maira
June 30, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, YouTube
0 0
0
Fuuto PI, anime sekuel Kamen Rider W akan ditayangkan secara rasmi di Muse Asia!
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti ramai peminat Kamen Rider yang ternanti-nanti kan anime Fuuto PI sejak ia diumumkan. Berita baiknya anime tersebut akan tersedia secara percuma di saluran Youtube Muse Asia! Anime Fuuto PI akan ditayangkan bermula 1 Ogos dengan episod baru akan menyusul pada hari Isnin setiap minggu.

Sumber: Muse SG Facebook

Untuk pengetahun anda, hanya ada beberapa negara yang boleh mengakses anime Muse Asia antaranya Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Myanmar dan Laos. Bukan setakat itu sahaja, Muse juga mempunyai saluran Youtube khas, Muse Malaysia yang menyediakan anime dengan sari kata bahasa Melayu. Jadi kalau anda lebih suka menonton dengan sari kata bahasa Melayu, boleh singgah saluran tersebut.

Anime Fuuto PI merupakan sekuel kepada siri tokusatsu Kamen Rider W. Ia merupakan adaptasi daripada manga yang diterbitkan oleh Shogakukan pada 2017. Manga Fuuto PI ditulis oleh Riku Sanjou dan dilukis oleh Masaki Sato.

Berikut adalah sinopsis untuk Fuuto PI:

Angin tidak pernah berhenti meniup di bandar itu. Ia membawa segalanya. Tidak kiralah kegembiraan ataupun musibah.

Begitulah bandar angin, Fuuto.

“Museum”, organisasi yang dahulunya menjadi ancaman bandar, telah pun dimusnahkan oleh Kamen Rider. Tetapi ada benda berbahaya yang telah dihasilkan dengan banyak iaitu “Gaia Memories”, yang masih disebarkan ke seluruh tempat, diagihkan secara rahsia di bandar Fuuto. Ini jugalah yang membuatkan ramai orang bertukar menjadi raksasa yang dipanggil “Dopant”.

Shotaro Hidari, seorang penyiasat persendirian dan Philip, penyiasat peribadi yang genius dan rakan kongsi Shotaro selama-lamanya. Hari ini di Narumi Detective Agency di mana mereka berdua bekerja telah mendapat permintaan yang pelik.

Apabila angin berhenti bertiup, bayang-bayang misteri telah mula bergerak di dalam bandar. Apabila Shotaro bertemu dengan Tokime, nasibnya mula berubah. Dan dengan itu kes baharu telah menyelubungi Shotaro dan Philip yang juga dikenali sebagai Kamen Rider W.

Fuuto Pi akan dianimasikan oleh Studio KAI, yang merupakan studio terkenal untuk anime seperti Uma Musume Pretty Derby Season 2, 7SEEDS , dan Super Cub. Lebih menarik lagi, ini merupakan siri anime pertama untuk francais Kamen Rider. Tidak sabar pula untuk menontonnya. Apa pun jangan lupa untuk subscribe Muse Asia untuk segala kemas kini mengenai anime daripada mereka.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime ini daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: animeFUUTO PIMuse Asia
Previous Post

Dua kali keseronokan dengan set MtG Double Masters 2022, akan keluar 8 Julai!

Next Post

Dapatkan 3 game PERCUMA dengan membeli laptop MSI yang dikuasakan oleh AMD Radeon!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!
Berita

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!

June 6, 2026
Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Next Post
Dapatkan 3 game PERCUMA dengan membeli laptop MSI yang dikuasakan oleh AMD Radeon!

Dapatkan 3 game PERCUMA dengan membeli laptop MSI yang dikuasakan oleh AMD Radeon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd