Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MX vs ATV Legends telah tersedia di konsol utama dan PC – Dapatkan sekarang!

safwan by safwan
June 29, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, Multiplayer, Online Game, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
MX vs ATV Legends telah tersedia di konsol utama dan PC – Dapatkan sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Dibangunkan oleh Rainbow Studio, MX vs ATV Legends telah dilancarkan pada 28 Jun 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Ini merupakan ansuran ke-7 dalam francais MX vs ATV di mana game sebelum ini, MX vs ATV All Out telah dikeluarkan pada tahun 2018.

Ia merupakan game racing yang memfokuskan kepada perlumbaan off-road. Pelbagai kenderaan yang boleh digunakan semasa berlumba termasuk motocross dan All-terrain vehicle atau lebih dikenali sebagai ATV.

Dalam MX vs ATV Legends, mereka akan menampilkan mode career yang lebih mendalam dengan persekitaran terbuka. Mereka juga menambah baik dari segi sistem fizik dan split-screen yang membolehkan anda bermain bersama keluarga dan rakan-rakan secara lokal. Mode Multiplayer juga tersedia untuk berlumba dengan pemain lain sehingga 16 pemain.

Ciri-ciri penting

  • Bersaing dalam mode career baharu di mana anda mempunyai pilihan yang berbeza, peluang penajaan dan acara jemputan istimewa.
  • Terokai persekitaran terbuka yang besar termasuk pantai California.
  • Alami mode Trail serba baharu untuk perlumbaan outdoor beramai-ramai. Bersiap sedia untuk memulakan perlumbaan di tengah-tengah banjaran gunung bersama rakan-rakan anda dan hadapi jalan yang rawak.
  • Berlumba dalam mode split-screen untuk 2 pemain dan 16 pemain online yang berasaskan skuad.
  • Ubah suai penunggang dan kenderaan anda dengan alat ganti dan gear terkini daripada pengeluar terkemuka dalam perlumbaan off-road.
  • Tunggang motocross dan ATV dengan sistem fizik yang diperhalusi.

Sekali lagi saya ingatkan anda bahawa MX vs ATV Legends telah tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Anda boleh dapatkan MX vs ATV Legend dengan berharga RM 79.00 di Steam. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: MX vs ATV Legends
Previous Post

Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom akan keluar di Switch, PS5 & PC pada tahun 2022

Next Post

Sonic Frontiers: Pendedahan lanjut dunia Cyber Space, combat, watak dan banyak lagi!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Sonic Frontiers: Pendedahan lanjut dunia Cyber Space, combat, watak dan banyak lagi!

Sonic Frontiers: Pendedahan lanjut dunia Cyber Space, combat, watak dan banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd