Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kaguya-sama: Love Is War mengalahkan Fullmetal Alchemist: Brotherhood di carta anime terbaik

safwan by safwan
June 28, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Kaguya-sama: Love Is War mengalahkan Fullmetal Alchemist: Brotherhood di carta anime terbaik
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tamatnya episod akhir Kaguya-sama: Love Is War musim ke-3, ramai peminat memberikan rating yang positif sehingga mengalahkan juara bertahan Fullmetal Alchemist: Brotherhood di carta My Anime List.

Kaguya-sama wa Kokurasetai: Ultra Romantic is now the highest-rated anime of all time, passing Fullmetal Alchemist: Brotherhood!

Full rankings: https://t.co/t0UInIlY8U pic.twitter.com/WNQjuw8EDt

— MyAnimeList (@myanimelist) June 26, 2022

Pada episod terakhir tersebut, Miyuki memberitahu Kaguya bahawa dia akan melangkau gred untuk pergi ke Standford untuk melanjutkan pelajaran. Hal ini sangat membimbangkan Kaguya kerana dia telah merancang untuk mengaku kepada Miyuki bahawa dia telah jatuh cinta kepada ketua kelasnya.

Selepas mendapatkan berita tersebut, Kaguya pergi berjumpa ke Hayasaka untuk mendapatkan bimbingan. Namun, Hayasaka mengatakan bahawa terdapat lebih ramai gadis yang cantik di Standford dan jika Kaguya terlepas peluang ini, Miyuki akan jatuh cinta dengan orang lain.

Dalam masa yang sama, Miyuki turut ingin membuat pengakuan cinta kepada Kaguya. Selepas penantian yang dinanti-nantikan oleh peminat, akhirnya Kaguya dan Miyuki meluahkan perasaan masing-masing dan menjadi pasangan romantik.

Sudah pasti ramai peminat yang memberikan 10/10 kepada episod tersebut dan menjadi anime dengan rating tertinggi di My Anime List. Kaguya-sama: Love Is War musim ke-3 mendahului carta dengan skor 9.17 daripada 535,916 ahli manakala Fullmetal Alchemist: Brotherhood jatuh ke tangga ke-2 dengan skor 9.14 daripada 2, 907,635 ahli. Yang lebih menarik adalah berapa lama Kaguya-sama: Love Is War musim ke-3 akan bertahan di carta My Anime List.

Mesti ramai diantara korang yang tidak sabar nantikan musim seterusnya untuk menonton sambungan kisah antara Miyuki dan Kaguya selepas ini.

「かぐや様は告らせたい」
新作アニメーション、制作決定——#かぐや様 pic.twitter.com/miqc9KVTNZ

— アニメ「かぐや様は告らせたい」公式 (@anime_kaguya) June 24, 2022

Berita baiknya, staf produksi anime telah mengumumkan bahawa projek terbaru untuk siri anime Kaguya-sama: Love is War sedang dihasilkan. Sama ada ianya musim ke-4 atau projek animasi lain masih belum didedahkan. Nampaknya kenalah tunggu pengumuman lanjut daripada mereka nanti.

Bagi sesiapa yang tidak tahu mengenai Kaguya-sama: Love Is War, ini adalah sinopsisnya:

Sebagai pemimpin majlis pelajar akademi mereka yang berprestij, Kaguya dan Miyuki adalah golongan elit! Tetapi ia agak sunyi berada di atas… nasib baik bagi mereka, mereka telah jatuh cinta! Hanya ada satu sahaja masalah – Mereka berdua terlalu bangga untuk mengakuinya. Maka bermulalah rancangan harian mereka untuk mendapatkan sesuatu untuk menyatakan perasaan mereka terlebih dahulu…

Jadi, apa pendapat korang tentang Kaguya-sama: Love Is War mengalahkan Fullmetal Alchemist: Brotherhood di carta My Anime List? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeFullmetal Alchemist: BrotherhoodKaguya-sama: Love is warmanga
Previous Post

Murder at Castle Nathria – Pengembangan terbaru Heartstone akan tiba 3 Ogos 2022!

Next Post

Pelakon Homelander ingin Hideo Kojima cipta game “The Boys”, berdasarkan komik & siri TV popular

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Pelakon Homelander ingin Hideo Kojima cipta game “The Boys”, berdasarkan komik & siri TV  popular

Pelakon Homelander ingin Hideo Kojima cipta game "The Boys", berdasarkan komik & siri TV popular

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd