One-Punch Man merupakan siri yang memperkenalkan lelaki botak bernama Saitama sebagai watak utama. Memandangkan dia selalu bertarung dengan santai selama ini, akhirnya adegan yang ditunggu-tunggu oleh peminat akhirnya berlaku dalam One-Punch Man yang menampilkan Saitama berlawan dengan “serious mode”.
AMARAN: KANDUNGAN BAWAH MENGANDUNGI SPOILER ONE-PUNCH MAN BAB 166
Hal ini kerana terdapat peristiwa yang tragis dalam pertempuran terbarunya memperlihatkan Saitama bukan sahaja serius tetapi dipenuhi dengan perasaan marah dan serta merta mengubah One-Punch Man selama-lamanya. Seperti yang kita tahu, Saitama merupakan manusia yang terkuat dan berlawan dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terkuat.
Memandangkan dia sudah menjadi yang terkuat, dia telah hilang minat untuk berlawan sehingga rasa kebosanan melainkan bermain game dan membaca manga. Tetapi terdapat satu perkara yang mendorong Saitama untuk terus berlawan adalah mencari cabaran baharu yang sama kuat seperti dia. Malangnya, dia selalu mengakhiri pertarungannya dengan satu tumbukan dan berasa kecewa.
Dalam bab 166, kita boleh lihat Garou telah mencapai evolusinya yang terhebat selepas menerima kuasa daripada “Tuhan” yang manipulasi peristiwa di sebalik tabir. Selepas Saitama dicampak buat sementara waktu, satu-satunya hero yang boleh mengalahkan Garou adalah Blast, hero kelas S nombor satu.
Tetapi entah macam mana Genos telah kembali masuk campur dalam pertarungan itu dan dibunuh oleh Garou dengan sangat kejam untuk memprovokasi Saitama bagi mengeluarkan kuasa sebenarnya. Dengan Saitama kembali tepat pada waktunya, dia dapat lihat adegan yang menunjukkan Genos dibunuh dengan kejam sekali gus membuatkan Saitama tersentak buat kali pertama.
Selama ini, kita dapat lihat yang Saitama tidak pernah menunjukkan emosi yang kuat dalam situasi yang serius. Ini merupakan kali pertama dia merasakan perlawanan yang diingini olehnya sejak sekian lama tetapi dengan kematian Genos.
Ia merupakan perubahan penuh oleh Saitama daripada tingkah lakunya yang biasa nampak santai dan ini mungkin akan mengakibatkan perubahan dalam siri manga One-Punch Man pada masa akan datang.
Nampaknya Saitama tidak akan memberikan peluang kepada Garou selepas apa yang telah berlaku terhadap Genos. Mungkin kita akan dapat saksikan adegan yang telah dinanti-nantikan oleh peminat sejak sekian lamanya.Dengan berlakunya situasi seperti ini, agak susah untuk menjangka perkara yang akan berlaku pada bab seterusnya.
Adakah Saitama akan dikalahkan buat kali pertama dan berevolusi untuk menjadi lebih kuat? Jom sama-sama kita nantikan bab seterusnya yang menampilkan lebih banyak aksi daripada Saitama “Serious Mode” dalam One-Punch Man. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game anime, teknologi dan banyak lagi oleh mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post