Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembuat Dark Souls, Elden Ring – FromSoftware mencipta game baru, kini dalam fasa terakhir pembangunan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 27, 2022
in Artikel, Berita, Khabar angin
0 0
0
Pembuat Dark Souls, Elden Ring – FromSoftware mencipta game baru, kini dalam fasa terakhir pembangunan
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk peminat genre soulsborne, kerana menurut info daripada pengarah game Elden Ring, Bloodborne dan siri Dark Souls, Hidetaka Miyazaki, game baru FromSoftware kini sudah berada di fasa terakhir pembangunan.

4Gamer.net telah menerbitkan artikel temu bual baaru dengan Hidetaka Miyazaki (juga presiden FromSoftware) yang mendedahkan bahawa sebuah game baru sedang dalam fasa terakhir pembangunan dan diarahkan oleh Miyazaki sendiri. Game ini masih belum dinamakan tetapi pernah dipetik dahulu pada tahun 2018 dalam sebuah lagi temu bual bersama 4Gamer.

Hidetaka Miyazaki

Berikut adalah isi kandungan temu bual antara Hidetaka Miyazaki dan 4Gamer tentang game terbaru:

4Gamer: Apabila kami menemu bual anda tentang Sekiro: Shadows Die Twice pada tahun 2018, anda berkata terdapat 3.5 garisan pembangunan yang sedang dijalankan, dua daripadanya tidak diumumkan. Elden Ring adalah salah satu daripada tajuk yang asalnya tidak diumumkan, tetapi adakah yang satu lagi masih dalam pembangunan?

Miyazaki: “Ya, pembangunan kini di peringkat akhir.”

4Gamer: Apakah matlamat anda sebagai pengarah? Memandangkan Elden Ring sudah siap, adakah terdapat apa-apa yang anda mahu lakukan pada masa hadapan atau berminat untuk melakukan?

Miyazaki: “Saya sedang mengusahakan entri seterusnya sebagai pengarah, jadi saya ingin mengelak daripada memberikan [info] terlalu banyak… Dalam jangka masa pertengahan hingga panjang, saya ingin mengerjakan fantasi yang lebih abstrak daripada apa-apa kami telah lakukan pada masa lalu.”

4Gamer: Akhirnya, dengan Elden Ring selesai, apakah keadaan pembangunan game FromSoftware pada masa hadapan?

Miyazaki: “Mula-mula, kami akan teruskan mengeluarkan kemas kini untuk Elden Ring. Selain itu, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kami sedang membangunkan beberapa judul oleh pengarah selain daripada saya sebagai tambahan kepada tajuk yang saya arahkan, tetapi kami belum berada di peringkat di mana saya boleh berkongsi sebarang butiran lagi.

Saya minta maaf, tetapi tolong beri kami sedikit masa.”

Mesti ramai yang tertanya, game apa yang FromSoftware akan keluarkan? Teori paling umum di internet adalah Armored Core 6. Beberapa screenshot dan ringkasan penuh tentang Armored Core 6 telah dilaporkan pada bulan Januari, melalui tinjauan pengguna. Andai kata berita ini betul, berkemungkinan besar, ini adalah game yang disebutkan oleh Miyazaki di atas.

Untuk segala liputan tentang game, anime, dan teknologi, sila layari laman Gamer Santai!

Tags: fromsoftwarehidetaka miyazaki
Previous Post

[Giveaway] Hatsune Miku: Project DIVA Mega Mix+ – Komen untuk menangi kod game percuma!

Next Post

Anime SPY x FAMILY akan kembali dengan Part 2 pada 1 Oktober ini, Visual baru juga didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Anime SPY x FAMILY akan kembali dengan Part 2 pada 1 Oktober ini, Visual baru juga didedahkan!

Anime SPY x FAMILY akan kembali dengan Part 2 pada 1 Oktober ini, Visual baru juga didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd