Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Streamer Twitch rugi lebih RM 3 juta sebab ralat pada website game!

Maira by Maira
June 24, 2022
in Artikel, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
Streamer Twitch rugi lebih RM 3 juta sebab ralat pada website game!
Share on FacebookShare on Twitter

Twitch memang penuh dengan pelbagai jenis livestream, tidak kiralah game, watch party, muzik dan banyak lagi. Tetapi sudah tentu kategori game yang mendominasi platform tersebut. Game ini juga termasuklah dengan game perjudian, dan ia antara livestream yang banyak ditonton. Baru-baru ini seorang streamer Twitch telah rugi $800,000 (anggaran RM 3.5 juta) akibat masalah pada website game perjudian. Banyak betul!

Streamer, xQc antara yang terkenal dengan livestream yang menunjukkan dia berjudi dalam talian. Dia juga ada menyatakan bahawa dirinya ketagih judi. Malah dia juga mengatakan bahawa dirinya “mampu”, lebih-lebih lagi dengan keuntungan yang dia dapat daripada Twitch. Tetapi masalah yang berlaku pada laman web yang sering dimainkannya telah menyebabkan dia rugi dengan banyak.

Perkara itu sendiri berlaku semasa livestream, di mana dia telah memperoleh lebih daripada $800,000. xQc telah menekan butang refresh pada browsernya, menyebabkan laman web tersebut ralat. Tidak puas hati dengan perkara tersebut, dia hanya mampu termenung pada skrin ralat yang dipaparkan. Sempat lagi dia berkata bahawa dia ingin terus berjudi dengan hasil yang lumayan itu.

Walaupun dengan kerugian yang tinggi seperti itu, ia mungkin tidak menjejaskan status dan livestreamnya. Memandangkan dia seorang yang terkenal di platform itu dan ramai yang menontonnya, tidak mungkin pendapatannya akan terjejas. Sebelum ini semasa stream Overwatch 2 beta, dia telah mendapat lebih daripada 300,000 penonton lalu memecahkan rekodnya terdahulu.

Bermain judi satu hal, rugi juga satu hal. Mekanik game sebegini selalunya tidak disukai oleh orang ramai, tetapi ia juga menarik perhatian penonton yang ingin melihat orang mencampak wang mereka. Pelik tetapi benar. Loot box juga antara isu hangat dalam komuniti ditambah pula dengan sistem mikro transaksi yang tamak. Contohnya seperti kontroversi Diablo Immortal baru-baru ini.

Anda jangan pula ikut perangai xQc ini pula. Daripada membazir main judi, baik pergi belanja keluarga atau kawan makan. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk liputan lain mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi.

Sumber: Dexerto

Tags: TwitchxQc
Previous Post

DreadHaunt – Game seram multiplayer terbaru daripada pembangun DreadOut!

Next Post

Sambutan Babylon’s Fall makin merudum, tak sampai 10 pemain yang bermain

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
Next Post
Sambutan Babylon’s Fall makin merudum, tak sampai 10 pemain yang bermain

Sambutan Babylon's Fall makin merudum, tak sampai 10 pemain yang bermain

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd