Muse SG mengumumkan filem ke-30 dalam siri Shin Chan iaitu Crayon Shin-chan: Mononoke Ninja Chinpūden akan ditayangkan di Malaysia dan Singapore melalui posting di Facebook mereka. Filem ini telah ditayangkan pada 22 April 2022 di Jepun dan mendapat pungutan sebanyak 1,972,639,050 Yen (anggaran RM 64,165,481.45) setakat 19 Jun 2022.
Dalam filem ini, kita akan lihat Nohara Shinnosuke aka Shin-chan sebagai ninja dan merungkai misteri di sebalik kelahirannya. Hal ini kerana, terdapat seorang wanita yang bernama Hesogakure Chiyome bersama anaknya Chinzo menziarahi keluarga Nohara lalu mendakwa Shin-chan adalah anaknya. Dia juga membawa Shin-chan pergi ke perkampungan ninja.

Di perkampungan ninja tersebut, keluarga Hesogakure telah melindungi “pusat bumi” dengan menutupnya menggunakan emas. Teknik ini dikenali sebagai Mononoke di mana ianya telah diturunkan dari generasi ke generasi. Jika penutup itu terbuka, pelbagai musibah akan melanda bumi. Kini, tiba masanya untuk Shin-chan mendedahkan misteri kelahirannya dan melindungi masa depan bumi.
Selain itu, filem ini diarahkan oleh Masakazu Hashimoto yang pernah mengarahkan Tari-Tari, Haruchika-Haruto & Chika dan Appare-Ranman! Manakala Kimiko Ueno sebagai penulis skrip. Lagu tema filem ini, “Hi wa Mata Noboru Kara” (Because the Sun Will Rise Again) telah dipersembahkan oleh Ryoku Oushoku Shakai.

Berikut adalah senarai pelakon Crayon Shin-chan: Mononoke Ninja Chinpūden:
- Yumiko Kobayashi sebagai Shinnosuke Nohara
- Miki Narahashi sebagai Misae Nohara
- Toshiyuki Morikawa sebagai Hiroshi Nohara
- Satomi Kōrogi sebagai Himawari Nohara
- Mari Mashiba sebagai Shiro dan Toru Kazama
- Tamao Hayashi sebagai Nene Sakurada
- Teiyū Ichiryū sai sebagai Masao Sato
- Chie Satō sebagai Bo Suzuki
- Rina Kawaei sebagai Chiyome Hesogakure
- Ayahi Takagaki sebagai Chinzō Hesogakure
- Natsuki Hanae sebagai Gomaemon Hesogakure
- Jin Urayama sebagai ketua kampung ninja
- Sora Amamiya sebagai Fūko
- Yū Sawabe (Haraichi) sebagai dirinya sendiri
- Yūki Iwai (Haraichi) sebagai dirinya sendiri
- Tesshō Genda sebagai Action Kamen

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Crayon Shin-chan: Mononoke Ninja Chinpūden masih belum mempunyai tarikh rasmi tayangan di Malaysia. Walaupun begitu, Muse Asia mengumumkan yang sebarang maklumat berkaitan filem ini akan diberitahu kemudian. Anda yang meminati Shin-chan mesti dah tertunggu-tunggu filem ini ditayangkan di Malaysia kan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di pawagam terdekat anda.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post