Studio indie RB Wolf Games yang berpangkalan di Malaysia telah mengumumkan bahawa Once Again, game sulung mereka yang telah dibangunkan sejak tahun lalu, akan dilancarkan di Steam di mana korang boleh wishlist sekarang.
Menurut studio tersebut, Once Again ialah game ” interactive story” yang dibangunkan semasa pandemik dan berkonsepkan semangat mereka untuk game jenis bercerita yang mengasyikkan serta diilhamkan oleh kesedaran masyarakat tentang kerapuhan kehidupan. Berikut adalah sinopsis ringkas dari Steam:
“Once Again” ialah cerita tentang seorang budak lelaki yang menghabiskan musim panasnya mengembara antara masa lalu dan sekarang. Dia bertemu dengannya dan selepas itu, musim panasnya telah berubah selama-lamanya.
- Ciri-ciri utama
- Setiap hari lahir, Sia dapat menghabis detik-detik yang dirindui sepanjang hayat bersamanya.
- Melangkaui masa dan ruang, ikatan Sia dengannya bersedia untuk menjadi kisah musim panas yang paling menyentuh hati.
- Gameplay interaktif mengasyikkan yang membolehkan anda mengawal tindakan Sia secara langsung dengan mekanik gameplay yang mudah namun memuaskan seperti menyental, menulis, mengambil foto dan banyak lagi.
- Gaya seni visual menakjubkan yang menjalin naratif dan gameplay menjadi sebuah perjalanan nostalgia yang menyedihkan.
- Mekanik gameplay yang diilhamkan oleh fotografi seperti fokus, exposure dan banyak lagi berfungsi sebagai pengenalan yang sempurna kepada bentuk seni abadi.
Once Again dicipta untuk mengingatkan dan menggalakkan semua orang untuk menghargai setiap detik bersama mereka yang kita sayang. Dan melalui semangat kami, kami berharap dapat menghidupkan semula kenangan indah dalam hati setiap pemain.
kata RB Wolf Games.
Sekali lagi saya ingatkan, Once Again akan dilancarkan di Steam pada Ogos 2022. Malangnya tarikh pelepasan rasmi tidak diumumkan tetapi sekurang-kurangnya, mereka yang berminat boleh wishlist sekarang.
Untuk segala liputan kami tentang berita tempatan, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post