Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FIFA 22 & Far Cry 5 akan tersedia dalam PC Game Pass untuk Jun/Julai 2022

safwan by safwan
June 17, 2022 - Updated on June 22, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, PC, PC Game Pass, Puzzle, Real time strategy
0 0
0
FIFA 22 & Far Cry 5 akan tersedia dalam PC Game Pass untuk Jun/Julai 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Macam biasalah, setiap bulan sudah pasti Xbox akan menambah game dalam katalog PC Game Pass. Kali ini, Xbox bawa 2 game lain yang akan ditambah untuk bulan Jun iaitu Total War Three Kingdoms dan FIFA 22 manakala untuk bulan Julai pula, 2 game juga akan ditambah Far Cry 5 dan Last Call BBS dalam PC Game Pass.

Total War: Three Kingdom

Ia merupakan game turn-based strategy real-time tactics yang dibangunkan oleh Creative Assembly dan diterbitkan Sega. Game ini telah dilancarkan di PC melalui steam pada 23 Mei 2019. Game ini akan ditambah pada 21 Jun 2022 di dalam PC Game Pass. Berikut adalah serba sedikit tentang Total War: Three Kingdom:

Game ini bermula pada 190 AD, di mana dinasti Han yang pernah gemilang berada di ambang kehancuran. Maharaja baharu, Maharaja Xian, yang ditabalkan pada usia lapan tahun, telah dimanipulasi oleh panglima perang Dong Zhuo, yang pemerintahannya menindas dan membawa kepada huru-hara.

Panglima perang baharu bangkit dan membentuk pakatan untuk memulakan kempen menentang Dong Zhuo. Dengan setiap panglima perang mempunyai cita-cita dan kesetiaan peribadi yang sentiasa berubah, juara yang muncul daripada peperangan yang berkekalan akan membentuk masa depan China.

FIFA 22

Dibangunkan oleh Electronic Arts, ia merupakan game simulation bola sepak yang ke-29 dalam francais FIFA dan telah dikeluarkan pada 1 Oktober 2021 di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Switch dan PC. FIFA 22 akan ditambah ke dalam Game Pass pada 23 Jun 2022 melalui EA Play. Berikut adalah ciri-ciri penting FIFA 22:

  • Career Mode – Bina pasukan impian anda sebagai pengurus dan pemain dengan mencipta kelab terbaru dalam FIFA.
  • Volta Football – Mencipta watak dan bermain dengan skill hebat anda di padang bola sepak yang lebih kecil.
  • Pasukan Ultimate FIFA – Bina pasukan impian anda daripada beribu-ribu pemain dari seluruh dunia.

Far Cry 5

Far Cry 5 merupakan game first-person action-adventure shooter yang dibangunkan oleh Ubisoft. Is merupakan siri yang kelima selepas Far Cry 4. Ia telah dikeluarkan pada Mac 2018 di PS4, Xbox One dan PC. Game ini ditempatkan di Hope County yang menceritakan tentang Project di Eden’s Gate, sekumpulan manusia yang telah mengambil alih daerah tersebut atas perintah pemimpinnya iaitu Joseph Seed.

Anda akan bermain sebagai timbalan sheriff yang terperangkap di Hope County dan mesti bekerjasama dengan pelbagai kumpulan lain untuk menentang dan membebaskan wilayah itu daripada pemerintahan zalim dan Eden’s Gate.

Last Call BBS

Dibangunkan oleh Zachtronics, game ini merupakan game puzzle yang menggabungkan pelbagai mini game dalam satu game. Ia akan dilancarkan pada 6 Julai nanti dan akan tersedia di PC Game Pass pada hari pertama. Berikut adalah game yang akan berada dalam Last Call BBS:

  • 20th Century Food Court – Membina kilang untuk menghasilkan makanan yang murah pada abad ke-20.
  • Steed Force Hobby Studio – Pasang model robot berdasarkan anime Steed Force.
  • X’BPGH: The Forbidden Path – Masuk ke dunia lain dan cipta arca daging yang pelik sebagai pertukaran untuk kehidupan kekal.
  • Sawayama Solitaire: Game solitaire serba baharu.
  • Dungeons & Diagrams: Teka-teki logik tile-based yang rumit.
  • ChipWizard Professional: Bina litar bersepadu menggunakan wayar, transistor dan kapasitor.
  • HACK*MATCH: Game padanan jubin daripada EXAPUNKS, dikuasai semula sepenuhnya dengan kempen pemain tunggal dan berbilang pemain head-to-head.
  • Kabufuda Solitaire: Cipta set padanan kad kabufuda Jepun dalam pembuatan semula retro game solitaire asal mencabar yang muncul.

Saya ingin mengingatkan bahawa Total War: Three Kingdom dan FIFA 22 akan tersedia pada bulan Jun manakala Far Cry 5 dan Last Call BBS akan tersedia pada bulan Julai 2022 di PC Game Pass. Jadi, kepada yang berminat, anda boleh dapatkan PC Game Pass pada harga RM 15 sebulan. Ikuti Gamer Santai untuk mendapat lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi.

Pra-pesan di sini
FIFA 22
Publisher: Electronic Arts (EA)
Developer: Electronic Arts
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Electronic Arts mengumumkan FIFA 22 bakal tiba ke PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, PC melalui Steam dan Origin pada 1 Oktober ini! Menurut EA, FIFA 22 akan dikuasakan oleh teknologi HyperMotion yang menggabungkan Advanced 11-versi 11 Match Capture dan teknologi pembelajaran mesin eksklusif.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Last Call BBSPC Game PassTotal War: Three Kingdom
Previous Post

Naruto: Rahsia di sebalik ‘Shadow Jutsu’ milik puak Nara – Bagaimana mereka kawal bayang?

Next Post

Gundam: The Witch From Mercury Prologue akan ditayangkan 14 Julai, kenali watak-watak utama!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Gundam: The Witch From Mercury Prologue akan ditayangkan 14 Julai, kenali watak-watak utama!

Gundam: The Witch From Mercury Prologue akan ditayangkan 14 Julai, kenali watak-watak utama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd