Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jurassic World Dominion kini nombor 1 di dunia & Malaysia, tayangan hujung minggu paling laris semasa pandemik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
Jurassic World Dominion kini nombor 1 di dunia & Malaysia, tayangan hujung minggu paling laris semasa pandemik
Share on FacebookShare on Twitter

Disahkan sendiri oleh United International Pictures Malaysia, Jurassic World Dominion telah ditayangkan di pawagam Malaysia pada hari Khamis 9 Jun lalu, dan dengan cepat ia telah menjadi filem nombor 1 di dunia dan Malaysia.

Filem ini juga merupakan filem nombor 1 di Malaysia dengan tayangan hujung minggu terbesar bagi tahun untuk 2022, nombor 1 dalam tayangan hujung minggu terbesar untuk era pandemik, dan nombor 1 dalam tayangan hujung minggu terbesar sepanjangan masa untuk filem IMAX.

Selain itu, Jurassic World Dominion memegang kedudukan ke-3 dalam tayangan hujung minggu terbesar untuk filem daripada Universal, di belakang Fast & Furious 7 dan Fast & Furious 8.

Jurassic World Dominion kini ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia. Mari alami kisah ini di layar perak untuk melihat kesimpulan epik kepada era Jurassic ketika dua generasi bersatu buat kali pertama.

Dibintangi oleh Chris Pratt sebagai Owen Grady dan Bryce Dallas Howard sebagai Claire Dearing, mereka akan ditemani oleh pelakon Jurassic Park original iaitu Jeff Goldblum (Dr. Ian Malcolm), Sam Neill (Dr. Alan Grant) dan Laura Dern (Dr. Ellie Sattler), di mana masing-masing akan melakonkan watak ikonik mereka daripada francais Jurassic. 

Berikut adalah sinopsis:

Jurassic World Dominion berlangsung empat tahun selepas peristiwa Isla Nublar dimusnahkan dalam zaman di mana “dinosaur kini hidup—dan memburu—bersama manusia di seluruh dunia”. Keseimbangan antara spesies sudah rapuh dan ini akan membentuk semula masa depan dan menentukan, sama ada manusia atau makhluk paling menakutkan dalam sejarah, akan kekal sebagai pemangsa apex di planet.

Untuk segala liputan kami tentang Jurassic World Dominion termasuk review kami, sila tekan pautan ini.

Tags: filemJurassic World DominionMalaysia
Previous Post

Call of Duty: Warzone dan Vanguard Season 4 akan hadir pada 22 Jun 2022!

Next Post

Crunchyroll mengumumkan anime Trigun Stampede, siri terbaru dalam francais untuk 2023

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Crunchyroll mengumumkan anime Trigun Stampede, siri terbaru dalam francais untuk 2023

Crunchyroll mengumumkan anime Trigun Stampede, siri terbaru dalam francais untuk 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd