Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar angin] Sony dilaporkan sedang membuat “PS5 Pro Controller”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 16, 2022
in Artikel, Berita, PS5, Teknologi
0 0
0
[Khabar angin] Sony dilaporkan sedang membuat “PS5 Pro Controller”
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut khabar angin, PlayStation mungkin sedang bersiap sedia untuk mengumumkan aksesori pada hujung bulan ini kerana laporan mengatakan bahawa mereka sedang mengusahakan “pro controller” untuk PS5.

To be absolutely clear – I do not know when the reveal or release is. I am speculating it could be at the end of the month based on what I'm hearing about "some" hardware announcements.

I'm hoping to hear what these are by the end of the week.

— Tom Henderson (@_Tom_Henderson_) June 15, 2022

Maklumat ini datang daripada orang dalam industri Tom Henderson melalui Try Hard Guides, yang menjelaskan bahawa “PS5 pro controller” ini akan mempunyai beberapa ciri unik, termasuk butang/paddle di bahagian belakang dan “unit analog boleh tanggal” yang dapat digantikan dengan mudah sekiranya pemain mengalami isu “stick drift”.

Henderson mendakwa dia telah melihat gambar untuk versi prototaip controller itu, dan menambah yang peranti ini juga mempunyai bahagian “grip” yang boleh ditanggalkan dan trigger stop.

Contoh – Back button untuk DualShock 4
Contoh – Analog stick yang boleh ditanggal pakai
Contoh – Trigger Stop

Henderson turut mendakwa bahawa controller ini adalah salah satu daripada beberapa perkakasan yang Sony bercadang untuk dedahkan pada hujung bulan ini. Walaupun begitu, dia tidak tahu sama ada controller itu akan diumumkan pada masa yang sama. Henderson juga membuat spekulasi bahawa perkakasan ini mungkin didedahkan pada masa yang sama dengan tarikh keluaran rasmi God of War Ragnarok.

Pada masa yang sama, mungkin ada yang tertanya jika PS5 ada versi baru. Henderson dengan tegas memberitahu bahawa sebuah konsol baharu bukanlah dalam rancangan Sony, jadi kita semua tidak perlu menunggu pengumuman tentang “PlayStation 5 Pro” dalam masa terdekat. Buat masa ini, Sony hanya memfokuskan pada sistem PSVR 2 sahaja tetapi itu pun tidak mempunyai tarikh keluaran rasmi, walaupun baru-baru ini mempamerkan beberapa game eksklusif di State of Play.

Kita pun tidak perlu tunggu lama untuk mengesahkan jika maklumat Henderson adalah tepat atau tidak kerana katanya Sony akan umumkan rancangan terbaru mereka pada hujung bulan ini. Seperti biasa, info ini semua datang daripada orang dalam dan tiada satu pun yang disahkan, jadi saya minta korang semua supaya tidak percaya 100% dan cuba untuk tidak terlalu teruja.

Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DualSenseps5PS5 Pro ControllerSony
Previous Post

Intel masuk pasaran GPU, menampilkan kad grafik Arc A380 untuk gamer bajet

Next Post

FINAL FORM terbaik yang dimiliki oleh watak ANIME SHONEN! (Part 1)

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
FINAL FORM terbaik yang dimiliki oleh watak ANIME SHONEN! (Part 1)

FINAL FORM terbaik yang dimiliki oleh watak ANIME SHONEN! (Part 1)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd