Sejak pertama kali diumumkan pada tahun 2018, game Digimon Survive telah melalui banyak cabaran hingga terpaksa ditunda beberapa kali. Itu semua bakal berubah kerana game ini akan dilancarkan pada bulan depan! Sempena itu, Bandai Namco dan studio HYDE telah mengeluarkan trailer Digimon Survive baru yang menunjukkan semula rupa visual, sistem tempur, dan jalan cerita.
Berikut adalah trailer rasmi:
Digimon Survive memperkenalkan pengembaraan serba baru dalam dunia misteri dengan watak yang direka oleh Uichi Ukumo, dan muzik oleh Tomoki Miyoshi. Dalam game ini, kita akan mengawal sekumpulan remaja baharu, yang diketuai oleh Takuma Momozuka, ketika mereka sesat dalam perjalanan ke aktiviti perkhemahan sekolah, lalu mendapati mereka diangkut ke dunia berbeza yang aneh dan bahaya.

Bagi visual, bahagian cutscene atau perbualan dalam game ini seperti ala-ala anime dan menampilkan ilustrasi 2D. Satu perkara baru dalam Digimon Survive adalah perkembangan jalan cerita dan evolusi Digimon yang berbeza-beza bergantung pada pilihan pemain. Setiap pilihan akan berkait dengan nilai-nilai karma berbeza iaitu “morality,” “harmony” dan “passion”.


Sebagai contoh; dalam video di atas, Takuma dan geng berada di kawasan yang berbahaya. Shuuji, salah seorang rakannya, memberi amaran bahawa mereka boleh mati jika meneroka kawasan itu. Video itu kemudian menunjukkan Takuma membuat keputusan yang menyebabkan tanah runtuh di bawah kakinya.
Bukan setakat jalan cerita, evolusi Digimon pun dipengaruhi oleh pilihan kita. Korang boleh melihat salah satu daripada evolusi Agumon melalui gambar di bawah:

Untuk bahagian penerokaan/eksplorasi, pelbagai titik menarik akan menghiasi peta di mana ia menjadi tugas kita untuk menyiasat kawasan-kawasan itu. Untuk membantu kita, sejenis telefon pintar canggih diperkenalkan dalam game di mana kita boleh menggunakannya untuk meneroka alam sekitar. Dengan mengimbas persekitaran sekeliling dengan teliti, kita boleh menemui barang tersembunyi.

Bagi sistem pertempuran, pemain akan mengambil bahagian dalam pertarungan strategi Digimon di atas medan berasaskan grid. Setiap aksi memerlukan tenaga, dan pemain perlu menguruskan tenaga itu (supaya tidak cepat habis) untuk menang. Trailer juga menunjukkan babak pendek untuk sistem tempur di mana Takuma cuba melindungi Koromon daripada Digimon musuh. Ini mendorong Koromon untuk berubah kepada Agumon untuk melawan.


Selain Agumon, banyak lagi Digimon popular boleh dimainkan dan Digivolve untuk menjadi sekutu yang lebih kuat. Buat sesiapa yang berminat, Digimon Survive akan keluar pada 28 Julai 2022 di Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One dan PC.

@gamersantaimy
Discussion about this post