Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bandai umumkan Vital Bracelet BE, Kekal aktif bersama Tanjiro, Deku dan Tokyo Manji Gang!

Maira by Maira
June 16, 2022
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk
0 0
0
Bandai umumkan Vital Bracelet BE, Kekal aktif bersama Tanjiro, Deku dan Tokyo Manji Gang!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai telah melepaskan beberapa trailer baru untuk siri jam fitness tracking yang dipanggil Vital Bracelet BE. Dahulu Vital Bracelet (VB) ini dilancarkan sebagai DIGIVICE-V bersama-sama anime baru francais, Digimon Ghost Game. Kini, jam ini bukan lagi eksklusif untuk digimon tetapi ia juga datang dengan siri terkenal lain seperti Ultraman dan Masked Rider. Tambahan baru VB kali ini, membawa tiga siri anime shonen popular iaitu Demon Slayer, My Hero Academia dan Tokyo Revengers.

Berkenaan Vital Bracelet BE ini, anda akan sentiasa bergerak aktif bersama-sama watak kegemaran anda. Jadi bolehlah berangan sikit kononnya berlatih bersama-sama Tanjiro, Deku atau Mikey. Watak lain daripada siri anime itu juga tersedia. Anda boleh lihat senarai dibawah:

  • Kimetsu no Yaiba BE Memory
    • Kamado Tanjiro & Nezuko
    • Agatsuma Zenitsu
    • Hashibira Inosuke
  • My Hero Academia BE Memory
    • Deku
    • Bakugo
    • Ochaco
  • Tokyo Revengers BE Memory
    • Takemichi
    • Mikey
    • Draken

Sudah tentu anda juga boleh bersenam bersama-sama Digimon anda! Watak digimon daripada siri Digimon Ghost Game, Gammamon juga akan tersedia sebagai BE Memory untuk VB baru ini.

Yang menarik tentang VB, setiap aktiviti latihan yang anda lakukan, status watak anda akan berubah. Jika Digimon juga boleh evolusi ke form yang seterusnya. Jika watak anda mempunyai stat yang tinggi, anda bolehlah berlawan dengan pengguna lain di seluruh dunia melalui aplikasi khas VB. Anda boleh melihat video teaser untuk VB Demon Slayer dan selebihnya di saluran Youtube Bandai.

Selain itu, Vital Bracelet BE ini juga dilengkapi dengan IPX 4. Jadi jangan risau jika VB anda basah disebabkan hujan ataupun ketika basuh tangan. Ianya juga tidak akan rosak diakibatkan peluh semasa melakukan latihan.

Buat masa ini masih tiada tarikh pelepasan ataupun harga untuk VB baru ini. Kalau anda berminat, boleh nantikan maklumat lanjut daripada Bandai. Anda juga boleh lawati laman web rasmi untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai VB. Untuk membaca liputan lain mengenai Vital Bracelet daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bandaiDemon SlayerMy Hero AcademiaTokyo RevengersVital Bracelet BE
Previous Post

Review OlliOlli World: VOID Riders – Meluncur di angkasa lepas!

Next Post

Orang Malaysia boleh sertai rancangan realiti Squid Game, peluang menang RM 20 juta

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Orang Malaysia boleh sertai rancangan realiti Squid Game, peluang menang RM 20 juta

Orang Malaysia boleh sertai rancangan realiti Squid Game, peluang menang RM 20 juta

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd