Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review OlliOlli World: VOID Riders – Meluncur di angkasa lepas!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 16, 2022
in Artikel, Berita, Game Review, PC, Platformer, Sukan/lumba
0 0
0
Review OlliOlli World: VOID Riders – Meluncur di angkasa lepas!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Mei lalu, Private Division dan Roll7 telah mengumumkan ‘VOID Riders’, expansion pertama untuk game ‘skateboarding action-platformer’ OlliOlli World. Bakal dilancarkan hari ini (15 Jun) untuk Nintendo Switch, PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam, expansion ini menawarkan banyak level tambahan untuk OlliOlli World bersama dengan mekanik baru, muzik baru dan peralatan baru.

Kami berpeluang mencuba game ini, jadi berikut adalah review ringkas saya untuk OlliOlli World: VOID Riders!

Jalan cerita

Tiga makhluk asing bernama Sair’Rah, Khehvyn, and Pftangxi telah tiba di Radlandia selepas anda bertemu The Mirage (penghujung zon 3) dengan niat untuk memperoleh “hadiah” yang menarik bagi raja mereka, Nebulord.

Semasa meneroka Radlandia, kita akan diculik oleh makhluk asing tersebut dan dihantar ke alam angkasa lepas yang mereka diami. Tiba sahaja di situ, tugas kita adalah untuk menarik perhatian Nebulord dengan gaya meluncur yang luar biasa supaya dapat lepaskan diri dengan selamat!

Gameplay

OlliOlli World: VOID Riders memperkenalkan pelbagai cabaran dan peralatan baru bertemakan angkasa lepas semasa kita meneroka zon V.O.I.D. Antara lokasi baru adalah Cloverbrook yang penuh salji, Sunshine Valley yang menakutkan dan Burntrock yang ribut.

OlliOlli World: VOID Riders memperkenalkan pelbagai cabaran dan peralatan baru bertemakan angkasa lepas semasa kita meneroka zon V.O.I.D. Pertama sekali, beberapa kawasan baru akan muncul dalam tiga zon pertama iaitu Cloverbrook, Sunshine Valley dan Burntrock dengan tambahan misi. Kita boleh memilih untuk melangkau satu misi bagi setiap zon, dan setelah menyelesaikan semua level minimum, kita akan membuka cabaran terakhir untuk zon itu.

Cuma, tidak seperti kempen utama di mana cabaran terakhir biasanya adalah litar yang seronok, cabaran terakhir untuk VOID Riders lebih kepada misi gimik- yang menyerupai beberapa misi sampingan dalam kempen utama.

Sebagai contoh, salah satu misi VOID Riders meminta kita berlumba dengan makhluk asing macam “belut”. Satu lagi misi pula memerlukan kita menggunakan mekanik “tractor beam” baru untuk mengumpul lembu dengan mengawal ketinggian kita semasa meluncur. Sebagai pemain yang tidak begitu suka misi bersifat cabaran (bukan semata-mata lumba), ini mungkin bahagian yang saya paling kurang suka tentang DLC.

Kawasan baru: VOID

Selain daripada misi VOID Rider, kita juga akan melawat kawasan baru bernama VOID (yang saya sebutkan di atas). Sama seperti lokasi lain, ia mempunyai 5 misi, di mana kita boleh memilih 4 untuk lakukan sebelum menyelesaikan satu cabaran terakhir dari Nebulon. Tidak seperti cabaran lain, pertarungan akhir dengan Nebulon memang gempak. Ia sangat sengit dan memerlukan kita untuk menggunakan semua mekanik berbeza dalam game.

Satu bahagian/aspek besar daripada segmen VOID dan VOID Rider ialah untuk menggerakkan platform. Dalam fikiran saya, ia seolah-olah seperti level sedang dibina semasa saya sedang meluncur. Sebagai contoh, semasa kita ‘grinding’ satu platform, barulah platform seterusnya akan bergerak. Ia tidak akan bergerak selagi kita tidak sampai ke titik tertentu dalam level.

Disebabkan itu, ia memberi aspek baru kepada gameplay kerana semasa kali pertama mencuba level itu, kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku. Saya banyak kali meluncur terlalu pantas dan terlepas banyak platform yang terapung.

Akhir sekali kita ada mekanik baru iaitu Tractor Beams yang merupakan kawasan ungu di mana ia akan menarik kita ke atas, sambil mengekalkan momentum. Mekanik ini pun memerlukan kita untuk mahir secara beransur kerana kita perlu berhati-hati tentang “timing” untuk memastikan kita dapat teruskan meluncur dengan ketinggian/kelajuan maksimum.

Pendapat

Jika korang peminat OlliOlli World, saya yakin korang juga akan suka Void Riders. Satu-satunya kelemahan terbesar adalah saya rasa expansion ini terlalu pendek. Saya terlalu gigih semasa membuat review ini, dan berjaya sampai ke Nebulon dengan agak cepat, dan terus terang, saya agak kecewa kerana ia cepat sangat habis.

Tetapi jika korang menantikan content tambahan, Void Riders memang patut dicuba. Mekanik dan kawasan baru menawarkan aspek cabaran yang sesuai untuk pemain baharu – cuma isu terbesar adalah “dapat ke korang tahan stress sambil bermain”?

Maka, tamatlah review saya untuk OlliOlli World: VOID Riders yang dilancarkan hari ini (15 Jun) untuk Nintendo Switch, PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Untuk segala liputan kami tentang OlliOlli World termasuk review utama, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: OlliOlli WorldOlliOlli World: VOID Ridersreview
Previous Post

Miliki barangan Disney melalui shopDisney! Ada penghantaran ke Malaysia tau!

Next Post

Bandai umumkan Vital Bracelet BE, Kekal aktif bersama Tanjiro, Deku dan Tokyo Manji Gang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Bandai umumkan Vital Bracelet BE, Kekal aktif bersama Tanjiro, Deku dan Tokyo Manji Gang!

Bandai umumkan Vital Bracelet BE, Kekal aktif bersama Tanjiro, Deku dan Tokyo Manji Gang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd