Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Pertembungan hebat antara Virtua Fighter 5 dan Tekken 7, “Fan Service” khas untuk peminat!

Maira by Maira
June 17, 2022
in Artikel, Berita, DLC, Fighting, Game, Game Review, Konsol, PS4, Review
0 0
0
[Review] Pertembungan hebat antara Virtua Fighter 5 dan Tekken 7, “Fan Service” khas untuk peminat!
Share on FacebookShare on Twitter

Pejam celik, tahu-tahu Virtua Fighter 5 Ultimate Showdown sudah berusia setahun dan lebih menarik lagi, terdapat kejutan yang menarik menanti pemain dan peminat. Kejutan itu ialah Virtua Fighter 5 akan berkolaborasi dengan satu lagi game fighting hebat, Tekken 7! Kolaborasi tersebut membawa kandungan khas, DLC Tekken 7 ke dalam game tersebut. Ingin tahu berbaloi atau tidak DLC ini, jom baca review ringkas kami mengenainya.

DLC Tekken 7 yang tersedia memberikan kostum khas kepada semua watak Virtua Fighter bersama-sama 20 track muzik daripada game tersebut. Bukan setakat itu sahaja, UI combat dalam Tekken juga boleh digunakan dalam game ini. Boleh dikatakan ianya satu kandungan yang menarik kerana ini memberikan pemain VF gambaran mengenai game Tekken 7.

Kostum yang tersedia sememangnya hebat. Setiap perincian yang terdapat pada model membuatkan anda rasa seperti bermain game lain dan bukanlah game VF. Beberapa watak yang mengenakan kostum Tekken kelihatan sangat padan. Contohnya Akira yang memakai baju Kazuya, El Blaze kelihatan seperti King dan Jacky Bryant pula sebagai Paul Phoenix.

Tetapi ada beberapa kostum kelihatan sedikit janggal pada watak VF. Contohnya Pai Chan yang dipadankan dengan Lili. Rasanya kalau dia pakai kostum Xiaoyu mungkin nampak lebih padan. Eileen pula memakai kostum Alisa, jadi anda bayangkan sendiri betapa peliknya gabungan antara dua watak tersebut.

Benda yang membuatkan pakej DLC ini hebat dan berbaloi untuk dibeli ialah UI yang boleh ditukar kepada UI game Tekken 7. Ianya sangat mudah ditukar pada tetapan game malah kelihatan sangat kemas. Anda juga boleh perdayakan kawan anda untuk bermain VF dengan UI ini.

Sejujurnya, kolaborasi antara Virtua Fighter 5 dan Tekken 7 ini sangat bagus. VF merupakan game fighting 3D pertama yang mencorakkan langkahnya seperti Tekken serta memberikan sesuatu yang baru untuk genre itu. Apabila melihat kedua-dua game ini bertembung dalam dunia yang sama, termasuk dengan kostum hebat yang diberikan, sudah semestinya membuatkan para peminat gembira mengenainya.

Agak-agak selepas ini DLC apa pula yang akan tiba untuk Virtua Fighter? Adakah game ini akan berkolaborasi dengan game fighting lain seperti Dead or Alive atau Street Fighter? Apapun, kalau anda minat game fighting, DLC ini memang berbaloi untuk didapatkan. Boleh pergi ke PlayStation Store untuk membelinya. Untuk mendapatkan review lain daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCTekkenVirtua Fighter 5: Ultimate Showdown
Previous Post

MtG Preview: Kad ‘Pithing Needle’ dapat hentikan pihak lawan dalam edisi Double Masters 2022

Next Post

Naruto: Rahsia di sebalik ‘Shadow Jutsu’ milik puak Nara – Bagaimana mereka kawal bayang?

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Naruto: Rahsia di sebalik ‘Shadow Jutsu’ milik puak Nara – Bagaimana mereka kawal bayang?

Naruto: Rahsia di sebalik 'Shadow Jutsu' milik puak Nara - Bagaimana mereka kawal bayang?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd