Di acara Netflix Geeked Week hari ini, mereka telah mendedahkan bahawa musim ketiga untuk siri adaptasi animasi berdasarkan game MOBA DOTA akan datang pada hujung tahun ini. Secara lebih khusus lagi, DOTA: Dragon’s Blood Season 3 akan tiba di Netflix pada 11 Ogos 2022.
Tarikh keluaran siri ini telah diumumkan secara langsung semasa acara yang dihoskan oleh Geoff Keighley bersama teaser pendek. Korang boleh tonton trailer pertama di bawah:
DOTA: Dragon’s Blood Season 3 akan menyambung pengembaraan Davion dan rakan-rakan, ketika mereka meneruskan perjalanan untuk menyingkirkan ancaman naga supaya dunia boleh kembali pada kehidupan aman. Buat masa sekarang, tidak banyak maklumat yang didedahkan selain daripada tarikh keluaran.
Bagi sesiapa yang belum melihat siri animasi ini, tetapi berminat untuk menonton, sinopsis DOTA: Dragon’s Blood adalah seperti berikut:
‘Siri fantasi hebat ini mengisahkan tentang Davion, seorang Dragon Knight terkenal yang mengabdikan diri untuk menghapuskan jahat dari permukaan dunia. Selepas pertemuan dengan seorang eldwurm purba yang hebat serta Princess Mirana yang juga mempunyai misi rahsianya sendiri, Davion tanpa sengaja telah terlibat dalam peristiwa yang lebih besar daripada apa yang pernah dia bayangkan.’
Bahagian animasi akan diuruskan oleh Studio Mir yang dahulu pernah bertanggungjawab untuk siri lain termasuk Voltron: Legendary Defender, The Legend of Korra, dan The Witcher: Nightmare of the Wolf.
Pada masa ini, musim 1 dan 2 DOTA: Dragon’s Blood tersedia untuk tonton di Netflix. Pastikan korang lihat semua episod itu dahulu sebelum keluaran Musim 3, kerana kami lebih banyak maklumat akan diumumkan dalam masa terdekat.
Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post