Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dikecam pemain kerana Birthday Crate menyerupai Kaabah, PUBG Mobile memohon maaf!

Pemain berkata ini perkara sensitif

Wakambing by Wakambing
March 28, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Dikecam pemain kerana Birthday Crate menyerupai Kaabah, PUBG Mobile memohon maaf!
Share on FacebookShare on Twitter

PUBG Mobile baru sahaja mengemas kini update terbaru iaitu 0.11.5 pada 20 Mac hari itu. Update tersebut berlaku seiring dengan ulang tahun PUBG yang pertama. Jadi, untuk menyambut ulang tahun tersebut, mereka telah mengeluarkan special crate sebagai hadiah dalam game ini. Namun, ramai pemain telah membuat aduan mengenai crate tersebut yang dikatakan menyerupai Kaabah, iaitu tempat paling suci di Mekah untuk umat Islam.

Reaksi pemain:

@PUBG new update on pubg the birthday create looks like Kaaba
Building in Mecca, Saudi Arabia please change it as well as possible and do the needful. pic.twitter.com/9ieS1EdPx7

— Rizwan (@Rizwan56116100) March 21, 2019

Sejak dari itu, ramai pemain meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dan ada yang telah memadamkan aplikasi permainan tersebut dari telefon mereka sebagai tanda protes. Malah, terdapat petisyen di change.org yang meminta PUBG Mobile untuk mengubah rekaan kotak harijadi itu! Dalam petisyen yang mempunyai hampir 1000 orang itu, ia menyuruh semua Muslim yang bermain game ini untuk membuat aduan ke pihak PUBG Mobile dan memberikan review 1 bintang di aplikasi mereka dengan mengatakan mereka mahu perubahan untuk kotak harijadi tersebut.

Tambahan lagi, pemain berkata PUBG Mobile tidak memikirkan sasaran pemain yang majoritinya adalah Muslim. Tindakan PUBG untuk mereka sebuah kotak harijadi yang berupa Kaabah dikatakan adalah sensitif bagi mereka. Ramai lagi yang kecewa dan memilih untuk tidak bermain lagi PUBG Mobile lagi sebelah insiden ini.

Apa kata PUBG Mobile sendiri?

We appreciate your feedback on the Birthday Crate, and we apologize for this oversight. We will redesign the Birthday Crate and release it soon. Thank you for your continued support of PUBG MOBILE.

— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) March 22, 2019

Memandangkan isu seperti ini boleh merosakkan sentimen komuniti keagamaan yang besar, pihak PUBG nampaknya telah bertindak pantas dengan memohon maaf kepada semua kerana mereka terlepas pandang akan hal ini. Kata mereka lagi, kotak harijadi itu akan diubahsuai rekaannya dan akan dikeluarkan lagi sekali.

PUBG Mobile telah pun membuat kemaskini kepada semua pengguna di seluruh dunia dan mengubah reka bentuk kotak harijadi tersebut. Mereka mengambil isu seperti ini sangat serius dan memberi keutamaan kepada semua pemain terutamanya yang beragama Islam. Selain meminta maaf, mereka juga berterima kasih kepada semua pemain yang masih memberikan sokongan terhadap game tersebut.

Sumber: PUBG Mobile

Nampaknya, sambutan ulangtahun PUBG yang pertama tidak berjalan seperti yang diinginkan. Tapi untuk mereka mendengar rintihan dan aduan dari peminat, ini adalah satu perkara yang patut diberi pujian. Disebabkan ramai pemain yang membuat aduan sebegini, ia telah jadi isu global. Ini bukanlah kali pertama PUBG melalui kontroversi, malah beberapa minggu yang lalu, 10 orang ditangkap di India kerana bermain PUBG di tempat awam! Apa pendapat korang mengenai isu ini?

Sumber: Twitter PUBG Mobile

Tags: AnniversarybirthdaycratepubgPUBGM
Previous Post

ASUS ROG Strix GL12CX Review – Megah lagi gah untuk sebuah Desktop yang dicipta untuk gaming!

Next Post

Razer telah berkerjasama semula dengan pasukan DOTA 2 iaitu Alliance!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Razer telah berkerjasama semula dengan pasukan DOTA 2 iaitu Alliance!

Razer telah berkerjasama semula dengan pasukan DOTA 2 iaitu Alliance!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd