Daripada Game Boy ke PC dan kini di Mobile, game Phoenix Wright: Ace Attorney Trilogy kini tersedia untuk dimainkan pada peranti anda. Ianya tersedia di platform iOS dan Android bermula 10 Jun 2022.
Sempena pelancaran game ini di mobile, terdapat 20% diskaun tersedia untuk pemain yang ingin bermain siri hebat ini. Promosi ini akan berlangsung sehingga 15 Jun, jadi jangan lepaskan peluang untuk alami kisah mengenai peguam bela kegemaran ramai, Phoenix Wright! Berikut adalah trailer rasmi pelancaran Phoenix Wright: Ace Attorney Trilogy:
Ciri-ciri utama game
- Kembali dengan grafik resolusi tinggi pada mobile
- Menyiasat kes sambil mengumpul koleksi bukti dan alasan, dedahkan kebenaran di mahkamah dalam Phoenix Wright: Ace Attorney Trilogy. Dengan jumlah 14 episod dalam merangkumi tiga game pertama siri, ia datang dengan grafik baru yang lebih terperinci.
- Tiga siri yang dikumpulkan bersama
- Phoenix Wright: Ace Attorney
Game pertama siri Ace Attorney dengan plot baru Yomigaeru Gyakuten. Menceritakan permulaan kisah Phoenix Wright, peguam bela baru yang cuba untuk membuktikan bahawa klien “tidak bersalah”. Walaupun melalui waktu yang sukar, dia perlu selesaikan banyak kes pada waktu yang sama. - Phoenix Wright: Ace Attorney – Justice for All
Game kedua siri datang membawa sistem baru serta memberikan pengalaman bermain yang lebih menarik.
- Phoenix Wright: Ace Attorney – Trials and Tribulations
Entri terakhir Trilogi ini membawa anda melalui dua perspektif dariapda dua peguam berbeza: Phoenix Wright dan Mia Fey, yang baru sahaja menjadi peguam. Ini termasuklah menyelesaikan kes lama dan baru.
- Phoenix Wright: Ace Attorney
- Tersedia dalam pelbagai bahasa
- Selain bahasa Jepun, game ini juga datang dengan bahasa lain seperti Inggeris, Perancis, Jerman, Cina (Traditional/ Simplified) dan Korea.
- Bilangan save ditingkatkan sehingga 10
- Takut hilang progres game atau terpadam save penting. Jangan risau terdapat 10 slot save tersedia dalam versi baru ini.

Kalau anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai game mobile Ace Attorney Trilogy ini, boleh lawati laman web rasmi game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri ini daripada kami, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post