Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Projek game multiplayer The Last of Us masih hidup, konsep seni didedahkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2022
in Artikel, Berita, Multiplayer, PS5
0 0
0
Projek game multiplayer The Last of Us masih hidup, konsep seni didedahkan
Share on FacebookShare on Twitter

Kita semua tahu bahawa studio besar Naughty Dog sedang bekerja keras membangunkan game multiplayer The Last of Us dan selepas bertahun-tahun dinantikan, Naughty Dog hari ini akhirnya mendedahkan lebih banyak maklumat tentang projek ini termasuk proses semasa dan visual baru.

Diumumkan semasa acara Summer Game Fest hari ini, presiden bersama Naughty Dog, Neil Druckmann memberitahu bahawa projek multiplayer The Last of Us masih hidup dan sepatutnya akan hadir di PlayStation 5.

Walaupun game ini asalnya patut disertakan sebagai mode sekunder dalam The Last of Us Part II, ia telah mengatasi skop dan visi studio lalu akhirnya menjadi projek sendiri. Tentang proses semasa, Druckmann berkata yang game ini masih pada fasa awal, tetapi dia sudi berkongsi imej teaser supaya peminat sekurang-kurangnya dapat menggambarkan suasana dalam game itu.

Game multiplayer The Last of Us nampaknya akan berlangsung di bandar San Francisco pasca-apokaliptik. Seni visual menunjukkan dua watak yang tidak dikenali.

Kemudian, Naughty Dog menjelaskan lebih lanjut tentang game ini melalui blogpost:

Ia bukan rahsia bahawa ramai daripada anda bukan sahaja tertarik dengan cerita The Last of Us, malah juga suka multiplayer Factions dari game original. Sejak The Last of Us Factions dikeluarkan hampir sedekad yang lalu, pemain berdedikasi telah banyak menyuarakan pendapat untuk perkembangan bagi bahagian itu.

Kami mengembangkan studio dengan ketara untuk memastikan dapat membina game kendiri berskala penuh, dengan skop besar dan dunia yang besar, dalam cara yang diharapkan oleh peminat untuk The Last of Us dan Naughty Dog.

Kami berhasrat untuk membuat entri multiplayer ini kelihatan menarik bagi pemain baru sambil memberi cabaran yang mendebarkan kepada peminat berpengalaman. Lebih banyak berita akan datang pada tahun depan, dan kami tidak sabar untuk memperkenalkan pasukan di sebalik pengalaman baru ini!

Buat masa sekarang, itu sahaja yang saya tahu. Tidak banyak yang didedahkan tentang game multiplayer The Last of Us ini, tetapi Naughty Dog janji akan beri lebih banyak maklumat pada tahun 2023.

Di samping itu, mereka juga telah mengumumkan The Last of Us Part I untuk PS5 dan PC. Versi PlayStation 5 akan dilancarkan pada 2 September tetapi malangnya, tarikh keluaran untuk versi PC tidak diumumkan. Korang boleh baca lebih lanjut tentang berita ini di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: multiplayerNaughty DogThe Last of Us
Previous Post

Demo akses awal ‘JoJo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R’ akan tersedia pada 16 Jun

Next Post

Capcom Arcada Stadium kini percuma di Steam bersama DLC Street Fighter II! Claim sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Capcom Arcada Stadium kini percuma di Steam bersama DLC Street Fighter II! Claim sekarang!

Capcom Arcada Stadium kini percuma di Steam bersama DLC Street Fighter II! Claim sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd