Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo akses awal ‘JoJo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R’ akan tersedia pada 16 Jun

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2022
in Action, Anime, Artikel, Berita, Demo, Fighting, PS4, PS5
0 0
0
Demo akses awal ‘JoJo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R’ akan tersedia pada 16 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Entertainment Asia hari ini mengumumkan bahawa JoJo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R akan melancarkan Demo Akses Awal bermula 16 Jun hingga 22 Jun 2022 di konsol PlayStation. Bagi mereka yang berminat untuk cuba, berikut adalah info yang korang patut tahu:

Platform: Buat masa ini, hanya konsol PlayStation 4 & PlayStation 5 yang tersedia. Pemain PC dan Xbox mungkin akan dapat demo lain pada masa akan datang.

Watak yang boleh dimainkan: Jonathan Joestar, Jotaro Kujo, Jolyne Cujoh, DIO.

Mode yang boleh dimainkan: Online mode dan Practice Mode sahaja.

Tempoh masa untuk akses demo: Khamis, 16 Jun, 3 petang – Rabu, 22 Jun, 2:59 petang

Supaya tiada salah faham, kandungan demo JoJo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R telah disunting dan berbeza dengan kandungan dalam game rasmi. Kerana itu, kebanyakan ciri-ciri tidak tersedia dalam demo. Selain itu, data dalam demo tidak boleh dipindahkan ke game rasmi.

JoJo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R merupakan remaster kepada game original dan adalah game terbesar yang pernah wujud dalam francais JoJo, di mana ia menghimpunkan sebanyak 50 watak daripada setiap story arc dalam siri manga/anime.

Peminat boleh mengalami pertarungan mendebarkan dari jalan cerita dan melihat semua watak dari universe berbeza berinteraksi bersama buat kali pertama.

Antara watak yang kita bermain adalah Jonathan Joestar, DIO, Jotaro Kujo, Jolyne Cujoh – anak perempuan Jotaro dan JoJo wanita pertama dalam siri, serta ramai lagi .

Kandungan game ini terdiri daripada All Star Battle Mode, Arcade Mode, Online Mode, Versus Mode, Practice Mode dan Gallery Mode. Mode utama, All Star Battle Mode, menampilkan bukan sahaja pertembungan antara watak daripada game original, tetapi juga pertempuran baharu yang unik kepada All Star Battle R. Anda boleh bermain dalam lebih 100 pertarungan dengan pelbagai tetapan dan syarat.

Mod ini juga menawarkan skin khas untuk watak dan ilustrasi unik yang boleh dinikmati dalam Gallery Mode.

JoJo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R akan dikeluarkan untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan Nintendo Switch pada 1 September 2022 manakala versi PC melalui Steam akan dilancarkan pada 2 September 2022.

Sumber – Bandai Namco

Tags: animeDemo
Previous Post

Maneater kini PERCUMA di Epic Games Store! Claim sekarang!

Next Post

Projek game multiplayer The Last of Us masih hidup, konsep seni didedahkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Projek game multiplayer The Last of Us masih hidup, konsep seni didedahkan

Projek game multiplayer The Last of Us masih hidup, konsep seni didedahkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd