Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[SGF 2022] Zenless Zone Zero dedahkan trailer sistem pertempuran bersama watak baru!

Maira by Maira
June 10, 2022
in Action, Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, PC, RPG
0 0
0
[SGF 2022] Zenless Zone Zero dedahkan trailer sistem pertempuran bersama watak baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak cukup dengan Honkai: Star Rail, HoYoverse telah memperkenalkan kepada peminatnya trailer terbaru untuk Zenless Zone Zero. Dalam trailer ZZZ baru itu, kita telah didedahkan dengan sistem pertempuran dalam game tersebut. Berikut adalah trailernya:

Trailer tersebut telah menunjukkan pelbagai serangan unik daripada barisan watak yang masih belum diperkenalkan. Nampaknya mereka seperti berlawan dengan “Hollow” yang menyerang bandar New Eridu. Jika dilihat ia seperti mempunyai sistem pertempuran seperti Genshin Impact tetapi tanpa menggunakan elemen. Mungkin kebolehan mereka akan didedahkan tidak lama lagi. Watak-watak baru ini juga mungkin akan diperkenalkan nanti.

Kepada anda yang tidak tahu, Zenless Zone Zero merupakan game aksi fantasi moden yang membawa anda ke sebuah bandar bernama New Eridu. Bandar tersebut telah diancam dengan malapetaka misteri yang dikenali sebagai “Hollows”. Sekumpulan orang yang mempunyai matlamat masing-masing telah berkumpul untuk mencegah Hollows. Kini, anda sebagai seorang “Proxy” dan rakan sepasukan mereka akan turut serta dalam pengembaraan itu.

Zenless Zone Zero

Ujian tuning juga akan dijalankan oleh pihak pembangun dan masih mencari orang untuknya. Buat masa ini, Zenless Zone Zero masih lagi dalam pembangunan dan akan dilancarkan ke platform PC, iOS dan Android. Anda juga boleh lawati laman web rasmi game untuk melihat watak-watak yang telah diperkenalkan dalam trailer sebelum ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini daripada kami, sila klik pautan ini.

Zenless Zone Zero
Release Date TBC
iOS, Microsoft Windows
Zenless Zone Zero atau ZZZ merupakan game terbaru daripada HoYoverse, yang juga popular dengan game seperti Honkai Impact 3rd, Genshin Impact dan Tears of Themis. Game ini akan membawa pemain ke sebuah dunia yang dipanggil New Eridu.
Tags: Summer Game Fest 2022Zenless Zone ZeroZZZ
Previous Post

[SGF 2022] Spider-Man sertai Marvel’s Midnight Suns, akan keluar 7 Oktober

Next Post

[SGF 2022] Witchfire menampilkan dunia fantasi perang melawan ahli sihir jahat

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
Next Post
[SGF 2022] Witchfire menampilkan dunia fantasi perang melawan ahli sihir jahat

[SGF 2022] Witchfire menampilkan dunia fantasi perang melawan ahli sihir jahat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd