Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bekas NAVI ‘Boombl4’ dituduh ambil dadah oleh bekas isteri, cerai lepas 6 bulan berkahwin

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2022
in Artikel, Berita, Esports
0 0
0
Bekas NAVI ‘Boombl4’ dituduh ambil dadah oleh bekas isteri, cerai lepas 6 bulan berkahwin
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas ketua Natus Vincere (NAVI) untuk CS:GO, Kirill “Boombl4” Mikhailov memberitahu bahawa dia telah menceraikan isterinya Lika “LiQueen” Mikhailova hanya enam bulan selepas berkahwin. Bukan itu sahaja, Boombl4 telah dituduh menggunakan dadah oleh isterinya dan kini menghadapi pelbagai krisis hidup.

Kisahnya bermula begini: Boombl4 dan LiQueen mula menarik perhatian orang ramai sejak permulaan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Di media sosial, LiQueen telah memuatnaik beberapa mesej yang menunjukkan sokongan terhadap Rusia. Ini menjadi isu kerana Boombl4 bermain untuk sebuah organisasi esports dari Ukraine.

Pada 6 April lalu, LiQueen memuat naik satu foto di mana terdapat bendera Rusia di pipinya dengan kapsyen- “Saya sangat menyayangi Rusia! Saya pergi buat masa yang lama, tetapi jangan berhenti melanggan (subscribe) saya. Akan ada banyak lagi perkara yang menarik. Saya bersama anda”.

Pada 28 Mei, NAVI mengumumkan bahawa Boombl4 telah dibuang daripada pasukan dan berkata sebab adalah kerana “risiko reputasi yang tinggi untuk kelab”. Sehingga hari ini, kita tidak tahu sama ada keputusan itu dibuat kerana Boombl4 atau LiQueen.

Tidak lama selepas itu, berita tersebar bahawa pasangan itu akan bercerai dan memandangkan masing-masing tidak berkongsi aset, urusan perceraian sepatutnya dapat selesai dengan cepat. Malangnya, keadaan bertukar menjadi negatif.

Sebelum berita tentang penceraian didedahkan kepada khalayak umum, LiQueen telah menggunakan media sosial dengan niat untuk merosakkan reputasi Boombl4. Melalui halaman Telegram, LiQueen menghantar video kepada ahli grup yang menunjukkan Boombl4 sedang menghidu “bahan serbuk putih”. Selepas viral, LiQueen menuduh Boombl4 sebagai “penagih dadah” dan “kaki curang”.

guess man's career is over

Thoughts @4boombl4, @DonHaci ? pic.twitter.com/1I4wVGALfI

— vancho 🇺🇦 (@luckerezwin) June 8, 2022

Sudah tentunya, Boombl4 tidak mendiamkan diri dan menulis tweet bahawa dia berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung video dan imej yang diedarkan, melalui mahkamah.

Hari ini saya telah bercerai dengan isteri saya dan telah diperas ugut dengan pelbagai gambar/video dan juga sejumlah besar maklumat palsu. Tidak lama lagi saya akan memfailkan saman fitnah. Terima kasih banyak kepada semua orang atas sokongan dan pemahaman di masa yang sukar untuk saya.

today I got divorced from my wife and was blackmailed with various photos/videos and also a huge amount of fake information. Soon I will be filing libel suits. Many thanks to everyone for the support and understanding at a difficult time for me.

— Кирилл (@Boombl4CS) June 8, 2022

Apa pendapat anda tentang kes Boombl4? Adakah tindakan bekas isterinya terlalu jahat? Jom kongsi pendapat di ruang komen.

Sumber – escorenews 1, 2

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Boombl4CS:GOEsportsnavi
Previous Post

[Interview] Kisah sebalik tabir The Lord of the Rings: Rise to War bersama Netease

Next Post

Diablo Immortal kaw-kaw turun populariti, skor Metacritic hanya 0.5

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Diablo Immortal kaw-kaw turun populariti, skor Metacritic hanya 0.5

Diablo Immortal kaw-kaw turun populariti, skor Metacritic hanya 0.5

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd