Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Chocobo’s Mystery Dungeon: Every Buddy! Game Review – Tersangatlah comel dan menyeronokkan, tapi mencabar!

Memori Final Fantasy Wii dan Nintendo DS!

Wakambing by Wakambing
March 27, 2019 - Updated on February 20, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, Review
0 0
0
Chocobo’s Mystery Dungeon: Every Buddy! Game Review – Tersangatlah comel dan menyeronokkan, tapi mencabar!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau korang pernah bermain Final Fantasy Fables: Chocobo’s Dungeon di WII dan Nintendo DS, kini game ini kembali dalam versi remastered yang dinamakan Chocobo’s Mystery Dungeon: Every Buddy!. Square Enix membuat beberapa perubahan dalam versi ini seperti peningkatan dari segi grafik serta gameplaynya. Namun, asas-asas permainan masih dikekalkan dan ceritanya tidak berubah. Korang masih mengawal Chocobo yang akan membantu masalah ingatan penduduk di Lostime. Jadi apakah perbezaan remake 2019 ini dengan game originalnya? Kali ini korang boleh bawa buddy korang masuk sekali untuk teman korang dalam dungeon!

Jalan cerita

Korang akan bermain sebagai Chocobo, seekor burung berwarna kuning bersama pemburu harta karun, Cid. Dalam perjalanan mencari petunjuk untuk pesawat udaranya, Cid dan Chocobo telah melalui satu jalan yang tiba-tiba menyedut mereka masuk ke dunia lain, iaitu Lostime. Mereka tiba di bandar Lostime, di mana kesemua penduduknya dibelengu oleh Bell of Oblivion, iaitu loceng apabila dibunyikan, semua memori penduduk akan lesap begitu sahaja. Chocobo bagaimanapun tidak terjejas oleh bunyi loceng tersebut. Semuanya kelihatan normal, sehinggalah terdapat satu komet dari atas yang menjunam di Lostime, mengeluarkan satu bayi berambut hijau, di mana bayi ini akan menolong Chocobo dalam menyelesaikan masalah penduduk serta mengembalikan semula ingatan mereka seperti biasa. Ini bermaksud, korang akan meluangkan masa meneroka dungeon untuk memulihkan ingatan penduduk serta menguraikan misteri dan kisah silam Lostime.

Gerak tempur

Game ini mengikuti pertempuran berasaskan giliran yang sama di dungeon, yang bermaksud musuh tidak akan bergerak sehingga korang melakukan attack terlebih dahulu. Ini memberikan korang masa yang diperlukan untuk memikirkan langkah seterusnya sebelum membuat sebarang attack. Dalam erti kata lain, game ini mudah untuk dimainkan, tetapi jika anda tergesa-gesa, maka korang akan berada dalam kesusahan dengan sangat cepat. Jangan terlalu gopoh untuk berlawan, atau korang akan mati banyak seperti Hamster, yang tidak sabar berlawan sehingga kekurangan nyawa! Kalau korang mati, semua item yang korang ada seperti gil dan potion, akan hilang! Namun, jangan risau sebab pemain boleh memilih mode normal atau hard, di mana dalam mode normal, pemain masih boleh menyimpan item yang dibawa selepas mati.

Game ini memfokuskan keseimbangan dari segi progress dan juga peralatan yang digunakan. Dengan melalui setiap dungeon, pemain boleh menambah pengalaman serta meningkatkan level masing-masing seperti Job Points untuk topi pilihan Chocobo, Buddy Points untuk unlock buddy baharu, dan yang paling penting sekali peralatan untuk Chocobo melawan musuh!

Pemain harus memanfaatkan segala potensi yang ada pada Chocobo. Ia perlu diasah, contohnya talon (senjata) dan saddle (perisai) haruslah sentiasa diupgrade ke level yang paling tinggi. Apabila memori tukang besi di bandar sudah pulih, Chocobo boleh menggabungkan pelbagai senjata yang ada dengan menambahkan points. Apabila talon dan saddle tersebut sudah diupgrade, ini bermaksud kualiti senjata tadi akan bertambah. Selain itu, salah satu senjata Chocobo yang ada adalah collars, di mana setiapnya mempunyai ability tersendiri.

Selain dari upgrade, senjata dan perisai juga hadir dengan abilities uniknya tersendiri yang boleh diubah-ubah. Sebagai contoh, pemain mempunyai ciri-ciri tambahan yang boleh ditambah untuk attack, seperti meningkatkan kadar hit kritikal. Sebaik saja korang menemui Job Memory dan unlock class, korang boleh menggunakan class tersebut pada permulaan dungeon. Dengan adanya Job Class, “SP” juga diperkenalkan dalam game ini. Job Class mempunyai kemahiran yang memerlukan SP untuk melakukan mantranya. Sebagai contoh, memilih Black Mage akan membolehkan Chocobo untuk melakukan mantranya melalui SP. Job Class yang lain seperti Beastmaster pula mempunyai akses untuk melindungi manakalah Dragoon pula bole attack banyak tiles dalam satu-satu masa.

Dungeon

Dungeon dalam game ini muncul secara random. Maksudnya, layout dan raksasa pada level tertentu akan sentiasa berubah-ubah. Namun, pemain boleh memanfaatkan dungeon ini dengan mencari peralatan baru, Job Points dan juga Buddy Points. Terdapat juga satu Challenge Dungeon yang tidak membenarkan buddy korang masuk sekali, item korang akan dibuang dan hanya satu jalan lurus untuk berlawan musuh. Walaupun challenge seperti ini adalah satu benda yang baru dan dikatakan mencabar, tetapi pemain akhirnya akan tetap memasuki dungeon berulang-ulang kali sehingga tahap ia membosankan.

Sistem Buddy

Elemen baru yang hadir di Switch dan Playstation 4 ialah sistem Buddy yang membolehkan pemain membawa seorang teman untuk melawan musuh di dungeon! Memilih buddy yang sesuai untuk dibawa dalam perjalanan di dungeon adalah salah satu benda penting dalam game ini. Setiap musuh ataupun raksasa yang korang telah kalahkan dalam dungeon boleh dibawa masuk sebagai teman korang, termasuklah boss dia (kalau korang mempunyai Buddy Points yang cukup). Sesetengah musuh adalah rare daripada yang lain. Oleh itu, pemain disarankan untuk bermain semula dungeon untuk farm makluk tertentu untuk Buddy Points!

Chocobo mempunyai 145 pilihan untuk Buddy dan setiap NPC ini mempunyai kebolehannya masing-masing. Jadi, pemain boleh memilih buddy yang mereka rasa sesuai untuk menolong mereka berlawan di dungeon! Buddy ini hanya akan melawan musuh apabila Chocobo memulakannya dahulu. Dalam masa yang sama, buddy juga akan meningkat levelnya apabila level Chocobo juga meningkat. Kalau korang ada extra controller, boleh ajak rakan korang main sekali! Tapi jangan risau, buddies ini sebenarnya sangatlah membantu untuk mengalihkan perhatian musuh, dan korang boleh kawal kuasa dia!

Aktiviti lain

Game ini bukan sahaja memfokuskan berlawan musuh di dungeon, tetapi penting juga untuk Chocobo mengambil masa terluang untuk relax, memancing ikan, berkebun ataupun shopping di bandar untuk memperbaiki senjatanya. Sebelum korang boleh lakukan aktiviti-aktiviti semua ini, korang perlu tolong penduduk bandar untuk mengembalikan ingatan mereka dengan melakukan beberapa challenge di dungeon (ironik!). Dungeon ini akan mempunyai syaratnya tersendiri. Sebahagian dungeon akan mempunyai sejumlah musuh yang banyak, dan sebahagian lagi akan mengenakan penyakit kepada korang yang tidak dapat disembuh. Walaupun ini kelihatan sangat sukar pada mulanya, pemain akan mendapat kepuasan setiap kali mereka mengatasi cabaran ini!

Kesimpulan

Chocobo Mystery Dungeon: Every Buddy adalah game yang seronok dan membawakan pesona JRPG yang baik dan sederhana. Ini adalah game yang korang dapat menghargai Chocobo sebagai watak yang comel disertai rakan yang boleh meneman korang ketika berlawan musuh! Walaupun kerap kali mati, Hamster sebenarnya enjoy gameplaynya. Iannya sangatlah memuaskan untuk meningkatkan level, bertukar job class, mengharungi bos yang sangat mencabar dalam dungeon serta lagu latar Final Fantasy yang klasik! Ia hadir untuk platform PS4 dan Nintendo Switch. Peminat yang sudah lama bermain game ini, akan dikembalikan dengan elemen fresh serta memori lama ketika bermain di Wii.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Chocobo Mystery Dungeon: Every Buddy

7 Score

PROS

  • Sistem Buddy adalah sangat sesuai untuk Chocobo
  • Gerak tempur yang agak mencabar tapi menyeronokkan
  • Persona Final Fantasy masih dikekalkan
  • Class yang berbeza akan menukarkan cara korang bermain
  • Pakaian Chocobo yang comel!

CONS

  • Dungeons boleh membosankan selepas beberapa ketika
  • Apa jalan cerita……dia?
  • Untuk tingkatkan level, grinding yang terlalu lama akan jadi terlalu repetitif

Review Breakdown

  • Pengembaraan yang agak mencabar namun hebat, disertai elemen yang comel! 0
Tags: buddychocoboeveryffPS4reviewsquare enixswitch
Previous Post

Hearthstone memperkenalkan dua kad baru sempena Rise Of Shadows iaitu Bronze Herald dan Dragon Speaker!

Next Post

Mode ‘Duos’ untuk Firestorm Battlefield V akan hadir bulan hadapan!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Mode ‘Duos’ untuk Firestorm Battlefield V akan hadir bulan hadapan!

Mode 'Duos' untuk Firestorm Battlefield V akan hadir bulan hadapan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd