Jika terdengar sahaja nama The Lord of the Ring, hampir semua orang akan teringat filem trilogi yang terkenal sejak ia dikeluarkan pada tahun 2001. Tetapi, korang tahu tak yang filem terkenal ini telah mendapat adaptasi game? Kalau korang nak tahu lebih mendalam tentang The Lord of the Rings: Rise to War.
Kami telah mengadakan interview bersama wakil Netease, Lucis Bi yang merupakan ketua pemasaran untuk bercakap tentang Lord of The Ring dengan lebih terperinci. Tanpa membuang masa lagi, jom teruskan dengan interview ini.

Cerita & Kandungan

Berapa banyak cerita dalam game itu selaras dengan buku dan filem? Adakah ia “canon” kepada alam semesta LOTR?
Lucis: Berlatarkan zaman ke-3 Middle-earth, game ini memperkenalkan perang hebat antara “faction” untuk mencari One Ring yang telah muncul semula selepas beratus-ratus tahun hilang. Ianya sama seperti permulaan cerita original trilogi. Kami berkomited untuk mencipta semula Middle-earth dengan patuh yang mungkin untuk kekal setia kepada buku dan filem yang digemari oleh pemain kami dari seluruh dunia.
Bolehkah anda berkongsi lebih lanjut tentang Seasons dalam game dan bagaimana pasukan anda mencipta kandungan untuk mereka?
Lucis: Campaign season ialah season baharu dengan tetapan khas. Selepas musim pertama dan kedua, pemain akan memasuki Bag End di mana ia merupakan tempat untuk mereka memilih Campaign season seterusnya untuk bermain, dan bukannya digabungkan secara automatik ke season baharu. Kami sedang membangunkan season baharu dengan tetapan yang memfokuskan tradisi baharu atau game baharu. Sebagai contoh, United Faction telah diperkenalkan pada musim ke-3 untuk menawarkan skala interaksi sosial yang lebih besar kepada pemain dalam faction yang berbeza.
Adakah terdapat rancangan untuk memasukkan kandungan daripada The Hobbit dan The Silmarillion ke dalam permainan?
Lucis: Kami akan berpegang pada trilogi Lord of the Ring.
Pemasaran

Bolehkah anda berkongsi lebih lanjut tentang program Fearless Pioneers dan bagaimana ia telah membantu game berkembang?
Lucis: Program ini bertujuan untuk merekrut pemain berbakat dan kreatif yang ingin menghasilkan kandungan menarik berkaitan game. Memandangkan ianya mengandungi genre strategik, ramai pemain mendapati ia adalah sukar untuk menguasai game dalam jangka pendek. Di situlah Fearless Pioneers datang. Panduan mudah dan lucu mereka untuk game ini sangat membantu.
Trilogi filem Lord of the Rings keluar hampir 20 tahun lalu. Bagaimanakah anda memasarkan game ini kepada pemain muda yang mungkin tidak pernah menonton filem itu sebelum ini?
Lucis: Dengan mengikut kepada trilogi dan imaginasi yang memberi inspirasi. LOTR adalah karya agung dan kami percaya pada keupayaan ajaibnya untuk menarik pemain muda walaupun mereka belum menonton filem dari francais ini. Semua watak, kaum dan faction adalah ikonik dan menarik serta kuasa rohani LOTR juga penting. Ia adalah kisah persahabatan, keberanian dan kasih sayang yang sentiasa menjadi perkara yang menyentuh kita.

Apakah cabaran yang anda hadapi semasa bekerja dengan IP sebesar Lord of the Ring?
Lucis: Kami telah mengambil usaha yang gigih untuk memasukkan banyak watak terkenal dan lokasi ikonik ke dalam game dengan cara visual sambil memastikan game itu boleh diakses pada platform mobile. Ia bukan hanya rupa, tetapi juga cara mereka bertindak. Kami benar-benar bermotivasi apabila kami melihat bahawa ramai peminat LOTR menyukai rekreasi dunia LOTR kami.
Dengan pangkalan pemain yang begitu besar, apakah cabaran dalam memastikan game dapat diakses oleh pemain baharu yang akan bersaing dengan pemain yang telah bermain sejak hari pertama?
Lucis: Sistem season kami memastikan pemain baharu akan bersaing dengan pemain baharu lain pada musim pertama dan kedua.
Lain-lain

Berapakah bilangan pemain dalam setiap faction game?
Lucis: Pada musim pertama, terdapat maksimum sekitar 1000-1500 pemain dalam satu faction. Jumlahnya agak kecil pada musim-musim kemudian apabila pemain menjadi lebih aktif.
Adakah terdapat apa-apa yang anda ingin kongsikan dengan pemain/bakal pemain anda atau ingin mereka ketahui?
Lucis: Kami mendapati ia benar-benar memotivasikan apabila ramai peminat LOTR memberitahu kami bahawa mereka menyukai rekreasi dunia LOTR kami. Itulah yang membuatkan kami gembira untuk mengusahakan game ini.
Maka, tamatlah interview pendek kami tentang The Lord of the Rings: Rise to War bersama Lucis Bi. Game ini telah tersedia di platform iOS dan Android. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post