Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Adventure Academia: The Fracture Continent akan dilancarkan pada 8 September untuk PS4 & Switch

safwan by safwan
June 7, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, Nintendo Switch, PS4, RPG
0 0
0
Adventure Academia: The Fracture Continent akan dilancarkan pada 8 September untuk PS4 & Switch
Share on FacebookShare on Twitter

Adventure Academia: The Fracture Continent dijadualkan akan keluar pada 8 September 2022 untuk PS4 dan Switch. Ia merupakan game Single Player Strategy RPG yang dibangunkan oleh ACQUIRE Corp. dan diterbitkan oleh Clouded Leopard Entertainment Inc.

Sinopsis

Di benua Pedra, terdapat empat buah negara sedang di ambang krisis yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan mengakibatkan banyak raksasa muncul.

Untuk mencari bapanya yang hilang, Alec memulakan perjalanan untuk mencari Ruler Orb, harta karun tersembunyi yang diturunkan kepadanya oleh datuknya. Dia mengembara bersama rakannya Citrine dan penasihat Rasli, dan semasa mereka mengikut jejak bapa Alec, mereka menemui kebenaran tentang peristiwa aneh yang telah berlaku di seluruh Pedra.

Sistem game

Dalam dunia akademi fantasi, terdapat ramai pelajar dengan mempunyai personalitinya berbeza-beza untuk membentuk parti bagi menentang raksasa. Main game ini senang. Anda perlu pilih pelajar, tentukan posisi watak dan mereka secara automatik akan bertindak.

Selain itu, terdapat 10 jenis pelajar yang mempunyai kecenderungan berbeza dan akan bertarung mengikut gaya unik tersendiri. Anda boleh gunakan penanda sebagai penentu arah dan musnahkan semua raksasa.

Tambahan pula, setiap watak dalam game ini akan mempunyai 3 sifat yang berbeza dan akan mencipta watak yang unik. Anda boleh membentuk parti anda sendiri untuk memulihkan keamanan dunia.

Untuk pengetahuan anda, game ini hanya mempunyai satu audio sahaja iaitu dalam bahasa Jepun manakala sari kata yang disediakan ada bahasa cina tradisional, bahasa cina ringkas dan bahasa Korea. Malangnya, game ini tidak tersedia dalam bahasa Inggeris. Jika anda boleh faham dengan bahasa yang ditawarkan, bolehlah bermain game ini tanpa sebarang masalah.

Anda boleh dapatkan Adventure Academia: The Fracture Continent secara fizikal pada harga HKD 350 (anggaran dalam RM 196.03) manakala versi digital pada harga HKD 308 (anggaran dalam RM 172.51). Saya ingin mengingatkan anda bahawa game ini tidak menyediakan bahasa Inggeris dan akan dilancarkan pada 8 September 2022 untuk PS4 dan Switch. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

Tags: Adventure Academia: The Fracture Continent
Previous Post

One Piece: Ahli baru krew Straw Hat didedahkan, Manga direhatkan selama sebulan!

Next Post

Battlefield 2042 – Segala yang baru dalam Season 1: Zero Hour!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Battlefield 2042 – Segala yang baru dalam Season 1: Zero Hour!

Battlefield 2042 - Segala yang baru dalam Season 1: Zero Hour!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd