Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] Solo Leveling akan mendapat adaptasi anime daripada A1- Pictures

safwan by safwan
June 7, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
[Khabar Angin] Solo Leveling akan mendapat adaptasi anime daripada A1- Pictures
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini terdapat satu gambar yang mengatakan bahawa laman web anime Solo Leveling telah didaftarkan oleh syarikat Jepun iaitu GMO Internet. Ia adalah syarikat yang sama untuk laman web anime Sword Art Online.

Sebelum ini, sudah banyak khabar angin yang mengatakan bahawa manhwa Solo Leveling akan diadaptasikan kepada anime tetapi masih belum ada bukti yang kukuh pada ketika itu. Namun, dengan gambar ini sebagai bukti kukuh, mungkin kita akan dapat melihat anime Solo Leveling tidak lama lagi.

Ramai peminat anime dan manhwa telah tertunggu ketibaan anime ini, tetapi disebabkan beberapa keadaan yang tidak diingini, ramai pula yang mempercayai bahawa Solo Leveling tidak akan mendapat adaptasi anime.

Sudah pasti domain ini menjadi viral di media sosial tetapi jika dibuka domain tersebut sekarang, anda tidak akan menemui apa-apa di sana. Dengan syarikat yang mendaftarkan Sword Art Online dan Solo Leveling adalah sama, ia dipercayai bahawa anime manhwa tersebut akan dianimasikan oleh A-1 Pictures.

Menurut akaun Twitter @_AnimeHype, dia mengatakan bahawa anime ini akan dihasilkan oleh Aniplex dan Crunchyroll serta pengumuman berkemungkinan besar akan dibuat pada bulan Julai ini.

https://twitter.com/_AnimeHype/status/1533590402531741696?s=20&t=nqVuLfQjsvG_ooLqHekcSw

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Solo Leveling, ia merupakan komik Korea Selatan yang mula disiarkan pada tahun 2016 dan ditamatkan pada 2022. Pada asalnya, Solo Leveling adalah novel web yang ditulis oleh Chugong pada 2014 dengan nama novel Only I Level Up. Kalau korang berminat untuk membaca boleh dapatkan secara digital di Tappytoon dan Tapas ataupun secara fizikal. Berikut adalah sinopsisnya:

Terdapat banyak portal ke dunia lain. “Gates” ini telah menjadi sesuatu yang biasa, begitu juga dengan pemburu yang mencari duit dengan membunuh makhluk yang tinggal di dalamnya. Di antara pemburu ini, Sung Jinwoo ialah E-rank, yang paling lemah antara yang terlemah. Tetapi itu tidak akan menghalangnya daripada berusaha untuk menjadi lebih kuat untuk menyara orang yang tersayang.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa ini semua hanya sekadar khabar angin dan masih belum rasmi. Jika anda ingin percaya, itu semua terserah pada anda. Tapi seronok juga kalau Solo Leveling dapat anime kan. Jom sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan dibuat nanti. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Solo Leveling, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Solo Leveling
Previous Post

HyperX mulakan promosi pertengahan tahun! Sehingga 51% diskaun ditawarkan!

Next Post

One Piece: Ahli baru krew Straw Hat didedahkan, Manga direhatkan selama sebulan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
One Piece: Ahli baru krew Straw Hat didedahkan, Manga direhatkan selama sebulan!

One Piece: Ahli baru krew Straw Hat didedahkan, Manga direhatkan selama sebulan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd