Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga BERSERK akan bersambung, dipantau oleh kawan baik Miura-sensei!

Maira by Maira
June 7, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga BERSERK akan bersambung, dipantau oleh kawan baik Miura-sensei!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berita kematian Miura Kentaro, mangaka Berserk, ramai peminat yang tertanya-tanya mengenai nasib siri tersebut. Bab terakhir manga Berserk telah dikeluarkan pada September lalu, dan nampaknya ia akan bersambung semula. Mari kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Manga Berserk

Melalui Hakusensha, syarikat penerbit manga, mereka telah mengeluarkan siaran mengenai sambungan siri Berserk dan meminta maaf kerana membuatkan peminat menunggu lama. Siaran tersebut mendedahkan bahawa Studio Gaga akan menyambung siri tersebut dan dipantau oleh Kouji Mori, kawan baik Miura. Menurut Kouji, dia akan cuba ingati sebaik mungkin segala butiran yang pernah diceritakan oleh Miura mengenai penceritaan Berserk. Dia juga tahu bahawa ia mungkin tidak sempurna tetapi dia tahu apa yang ingin disampaikan oleh Miura.

To our readershttps://t.co/XzJk3Wzra8#BERSERK #ベルセルク pic.twitter.com/czA3UMmTDw

— ベルセルク公式 (@berserk_project) June 7, 2022

Kouji juga ada bercerita mengenai masa lampaunya bersama Miura ketika mereka berbual mengenai jalan cerita Berserk. Menurutnya juga, penceritaan Berserk juga tidak begitu berubah selepas penerbitannya. Dia juga tahu betapa beratnya tanggungjawab untuk membawa siri ini kembali dan cuba sebaik mungkin untuk peminat. Dia juga memuji bakat-bakat pelukis yang akan turut mengerjakan siri ini.

Enam bab terbaru Berserk akan diterbitkan sehingga penamat “Fantasia Arc / Elf Island”. Selepas itu, baru arc terbaru akan dimulakan. Kredit untuk siri juga akan ditukar seperti berikut:

  • Karya asal: Miura Kentaro
  • Manga: Studio Gaga
  • Dipantau oleh: Kouji Mori
Manga Berserk

Setelah hampir 9 bulan bab terakhir manga Berserk diterbitkan, peminat kembali teruja dengan pengumuman ini. Mana tidaknya, bab terakhir itu seperti tidak lengkap dan tergantung. Tetapi apakan daya. Apapun, kita tunggu sahaja apabila bab terbaru ini keluar nanti. Kalau boleh sokong manga ini dengan membacanya di platform rasmi. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Berserk, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Berserk
Previous Post

Set penggambaran One Piece Live Action didedahkan termasuk kapal besar ikonik

Next Post

HyperX mulakan promosi pertengahan tahun! Sehingga 51% diskaun ditawarkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
HyperX mulakan promosi pertengahan tahun! Sehingga 51% diskaun ditawarkan!

HyperX mulakan promosi pertengahan tahun! Sehingga 51% diskaun ditawarkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd