State of Play sememangnya penuh dengan game indie yang menarik dan kita telah diperkenalkan dengan satu game indie terbaru bertajuk, Eternights. Kalau anda ingin tahu, Eternights merupakan sebuah game dating-action semasa dunia dalam kemusnahan. Sempat lagi berdating walaupun dunia sedang huru-hara. Mari kami ceritakan secara ringkas mengenainya.
Anda sebagai pemain akan menentang manusia yang telah bertukar menjadi raksasa ganas. Apa yang mereka tahu hanyalah kuasa dan keganasan. Inilah yang menjadi penghalang antara anda dan dunia.
Seperti yang disebutkan di atas, ia merupakan game dating sim, jadi sudah tentu terdapat watak yang anda boleh berkenalan dan menjadi rapat dengan mereka. Hampir sama seperti Persona, anda boleh meluangkan masa bersama lima watak jika tidak masuk ke dungeon. Anda boleh mendapatkan beberapa skill unik atau spell jika anda rapat dengan watak.

Terdapat sistem kalendar pada Eternights, jadi pemain perlu peka terhadap tarikh dan rancang masa anda sebaiknya. Macam-macam boleh berlaku kalau anda tidak rancang dengan elok. Dungeon yang tersedia akan membawa pemain ke tempat yang penuh misteri dan berbahaya. Pelbagai benda yang anda akan tempuhi antaranya perangkap, puzzle dan juga minigame menari. Jangan risau untuk ke dungeon, kerana anda akan ditemani dengan watak lain sebagai satu party.

Tidak lengkaplah game dating sim jika tiada cutscene betul tidak? Dalam Eternights terdapat cutscene animasi 2D untuk beberapa scene bergantung kepada siapa yang anda pilih untuk bersama.
Kalau anda peminat Persona, mungkin anda boleh wishlist game ini untuk dimainkan nanti. Eternights akan dilancarkan pada awal tahun 2023 di PS5, PS4 dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post