Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay Horizon Call of the Mountain didedahkan, update major Forbidden West turut tersedia

safwan by safwan
June 3, 2022
in Acara, Action, ARPG, Artikel, Game Baru, PS5, RPG, VR
0 0
0
Gameplay Horizon Call of the Mountain didedahkan, update major Forbidden West turut tersedia
Share on FacebookShare on Twitter

Seiring dengan acara State of Play baru-baru ini, Guerilla mengumumkan game terbarunya iaitu Horizon Call of the Mountain yang dibangunkan khas untuk PlayStation VR2. Banyak aksi dan pengembaraan baharu yang ditunjukkan dalam trailer tersebut. Kalau korang belum tengok, di bawah adalah trailernya.

Dalam Horizon Call of Mountain, korang akan bermain sebagai Ryas, bekas Shadow Carja Warrior yang ingin menebus dirinya dengan menyiasat ancaman besar baharu di Sundom. Tidak lengkap jika Horizon tiada memanah, dia turut mempunyai kemahiran yang penting untuk terus hidup dengan mahir dalam memanah dan memanjat.

Korang akan menguasai pelbagai alatan dan senjata serta menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan peralatan tambahan bagi bersedia dengan sebarang situasi yang akan dihadapi sepanjang perjalanan. Semua ini tidak dilakukannya bersendirian, malah korang akan bertemu watak Horizon baharu dan lama termasuk Aloy sendiri.

Apa yang lebih menarik adalah Call of the Mountain akan menawarkan pengalaman River Ride yang membenarkan korang menikmati pemandangan indah dunia Horizon.

Selain itu, mereka juga mengumumkan update major untuk Horizon Forbidden West yang akan dikeluarkan hari ini. Sejak ia dilancarkan pada Februari yang lalu, pasukan developer tidak henti membuat pembaharuan kepada game ini. Dalam update major ini, mereka tambah ciri-ciri baharu iaitu New Game+ dan Ultra Hard Mode untuk dimainkan oleh korang yang ingin mencabar diri sendiri.

Terdapat juga ciri quality-of-life yang membolehkan korang ubah suai kosmetik pakaian dengan mudah agar ia kelihatan seperti pakaian lain yang dimiliki. Kemas kini ini disertakan dengan pek trofi khusus untuk korang jejaki achievement semasa melawat kembali ke Forbidden West pada Ultra hard Mode melalui New Game+.

Jadi, adakah korang bersedia nak main Horizon Call of the Mountain dengan PS VR2? kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

Pra-daftar di sini
Horizon Forbidden West
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Guerrilla Games
Release Date: 2022-02-18
PlayStation 4, PlayStation 5
Kisah Horizon Forbidden West berlangsung enam bulan selepas game pertama. Aloy, yang kini sudah tahu apa yang berlaku kepada dunia, berhadapan dengan ancaman baharu. Bumi kini dilanda oleh 'penyakit racun merah misteri' yang membahayakan semua kehidupan, dan tiada siapa tahu bagaimana untuk menghentikannya. Lantas, Aloy membuat keputusan untuk mengembara ke 'Forbidden West', sebuah lokasi berbahaya yang penuh dengan ancaman baharu, baik manusia mahupun mesin, untuk cuba mencari penyelesaiannya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Horizon Call of the MountainPS VR2
Previous Post

Spider-Man Remastered & Spider-Man: Miles Morales akan hadir ke PC tahun ini!

Next Post

Final Fantasy XVI dedahkan trailer baru, akan lancar musim panas 2023!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Final Fantasy XVI dedahkan trailer baru, akan lancar musim panas 2023!

Final Fantasy XVI dedahkan trailer baru, akan lancar musim panas 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd